Puteri Khareeza, penyanyi dengan vokal yang mantap, telah diberi peluang untuk menghasilkan single terbarunya, Helah. Setiap Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3 dan di platform Tonton, lagu ini akan menjadi runut bunyi untuk drama bersiri “Haloba.” Lagu ini merupakan hasil nukilan sepenuhnya daripada komposer muda yang berbakat iaitu Iqie Hugh & Shazriz Azeman. Menurut Puteri Khareeza, “Saya berasa amat bertuah apabila diberi kepercayaan untuk membawakan lagu yang dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik yang sangat berpengalaman. Saya harap single terbaharu ‘Helah’ ini mendapat sambutan daripada pendengar. Impian saya adalah untuk menjadi artis yang versatil. Saya bersyukur walaupun dalam kesibukan menerbitkan album, rezeki saya menerusi lakonan juga tidak putus. Saya perlu membahagikan masa antara lakonan dan nyanyian supaya ia seimbang. Mana tahu kalau ada rezeki boleh jadi pengacara pula,” tambahnya berseloroh. Terdahulu, Puteri Khareeza telah memperolehi 1.8 juta tontonan di YouTube dalam masa sebulan apabila membawakan lagu ‘Duka Sebalik Tawa’ yang menjadi runut bunyi Melur Untuk Firdaus dan berjaya menduduki tempat ketiga di Spotify Carta Pop Terkini dan ‘trending’ di YouTube di mana menduduki tangga ke 23 untuk muzik. Lagu Duka Sebalik Tawa juga telah mendapat jumlah streaming yang memberangsangkan (15.9 M) dan tontonan Tik Tok (386 M). Adakah lagu ‘Helah ’ini juga bakal mendapat sambutan yang memberansangkan? Lirik lagu ‘Helah’ ini sememangnya sesuai dengan runut bunyi bagi drama bersiri ‘Haloba’ yang menceritakan tentang kisah seorang ahli perniagaan yang menyandang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bernama Raif bersama dua orang isterinya iaitu Aliya dan Misya. Kedua-dua isteri beliau telah dipermainkan oleh Erina, seorang pelatih wanita di syarikat tersebut yang ingin merampas suaminya. Berjayakah ‘Helah’ Erina memenangi hati Raif dan menyingkirkan Aliya dan Misya? Jangan lupa saksikan drama ‘Haloba’ lakonan mantap Aiman Hakim Ridza, Afifah Nasir, Sherry Ibrahim dan Shikin kamal pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10.00 malam di TV3. Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Helah” di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Puteri Khareeza menerusi: Instagram: @puterikhareeza Tiktok: @puterikhareeza , Facebook: @Puteri Khareeza Turut disertakan adalah lirik lagu “Helah ”: Verse1:Ku berpijakDalam hidup tanpa jarakAntara gelap dan cahayaKu dibawaArus bayangan yang lamaLuka yang dalam jadi dendamPre Chorus:Kan ku hembuskan bisikan halus bagaikanSuara tangisan yang meranaChorus:Aku disentuh Helah sumpahan cintamuMadahmu menyesatkankuHingga di hujungAku terjatuhTersungkur jauh dalam mu Terjerat jiwa belengguKisah yang laluVerse2:Ku terlepasDari jerat yang menewasAntara cinta dan nestapaBridge:Menjadikan ku, Diri yang baruDalam waktuTersudah yang laluKini hidup baruTinggalkan kisah terseksaKisah duka dan lara #PuteriKhazeera, #SingleBaru, #Helah, #VokalMantap, #Haloba, #Samarinda, #TV3, #TV3Malaysia Post navigation SINGLE Terbaru ‘Sang Pangeran’ dari ‘Amanda Amry’ Kolaborasi Muzik Berkualiti: Wanna Ali dan Aiman Ismail Bawakan Prestasi Memukau