Menerapkan Etika: Memberdayakan Orang Asli dengan Tenaga Bersih dan Penjagaan Kesihatan

Etika Sdn Bhd, pengeluar minuman Halal terkemuka di Malaysia, telah menunjukkan komitmen mereka untuk meningkatkan kesejahteraan masyarakat dan alam sekitar melalui inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai “Projek Solar X Kem Perubatan untuk Orang Asli” di Koa, Kedah. Inisiatif yang bermakna ini telah diadakan di bawah program jangkauan komuniti global syarikat tersebut, ‘Berhubung Semula dengan Bumi,’ sejajar dengan Hari Alam Sekitar Sedunia untuk mempromosikan pemuliharaan alam sekitar sambil memupuk komuniti yang mampan.

Kejayaan pelaksanaan usaha ini memaparkan dedikasi Etika untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat dan alam sekitar, ia juga mengukuhkan kedudukan Etika sebagai entiti korporat yang bertanggungjawab. Melalui inisiatif “Projek Solar X Kem Perubatan untuk Orang Asli”, Etika membekalkan tenaga solar kepada 19 kediaman komuniti Orang Asli di Koa, Kedat, di samping menyediakan kem perubatan untuk 54 kediaman yang dihuni 60 keluarga. Inisiatif ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan komuniti Orang Asli, ia turut menangani keperluan tenaga komuniti tersebut secara mampan.

“Di Etika, kami percaya pada kuasa hubungan – hubungan sesama manusia, komuniti, dan alam sekitar. Inisiatif ‘Projek Solar X Kem Perubatan untuk Orang Asli’ sejajar dengan kempen ‘Berhubung Semula dengan Bumi’, ia menggalakkan penyelesaian tenaga yang mampan di samping menyokong komuniti Orang Asli,” kata Santharuban Thurai Sundaram, Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Syarikat Etika (Malaysia, Singapura, dan Brunei).

“Kami memilih untuk memberi tumpuan kepada komuniti Orang Asli kerana kami sedar mereka mempunyai hubungan rapat dengan alam sekitar. Melalui kempen ini, kami menyasarkan untuk memperkasakan komuniti ini dengan meningkatkan kualiti hidup mereka, dan menyumbang kepada masa depan yang mampan untuk semua.”

Rakan kongsi Etika untuk inisiatif ini, SOLS 24/7, MUC Healthcare dan Muhibbah FoodBank, turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan usaha ini. SOLS 24/7 telah menyediakan dan memasang panel solar untuk 19 kediaman Orang Asli. Sebelum ini, rumah-rumah tersebut mempunyai akses yang terhad kepada pencahayaan dan elektrik di mana mereka bergantung pada penjana atau lampu minyak untuk menjalankan aktiviti harian. Kini dengan pemasangan panel solar, komuniti ini dapat menikmati sumber tenaga yang konsisten dan mampan.

Selain itu, bekerjasama dengan MUC Healthcare, pemeriksaan kesihatan menyeluruh telah dijalankan untuk ahli komuniti, termasuk pemeriksaan tekanan darah, tahap SPO2, dan Indeks Jisim Badan (BMI). Reruai pendidikan kesihatan turut disediakan untuk berkongsi maklumat penting mengenai bantuan kecemasan di rumah, makanan berkhasiat, dan amalan kebersihan asas. Muhibbah FoodBank, rakan kongsi NGO, turut menyumbang bekalan penting dan barangan lain untuk melengkapkan inisiatif tersebut. Penglibatan mereka memastikan komuniti Orang Asli menerima sokongan yang menyeluruh melangkaui minuman untuk meningkatkan kesejahteraan mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif CSR Etika dan acara masa depan, sila layari www.etika.com.my