Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • MBI Terengganu, PGB jalin kerjasama kukuhkan ekonomi negeri
  • ACTIVITY

MBI Terengganu, PGB jalin kerjasama kukuhkan ekonomi negeri

Helmi Aziz June 11, 2023 3 minutes read
2227042.jpg

KUALA LUMPUR – Mentri Besar Terengganu Incorporated (MBI) dan PETRONAS Gas Berhad (PGB) hari ini telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi meneroka potensi kerjasama berkaitan dengan Cadangan Pembangunan Loji Janakuasa Hidro Mini dan Cadangan Pengurusan Operasi dan Penyenggaraan Terminal di Terengganu, pada Jumaat lalu.

Hadir menyokong jalinan kerjasama strategik yang berlangsung di sebuah hotel di sini ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Dalam majlis berkenaan, MBI diwakili oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Pegawai Kewangan merangkap Penasihat Kewangan kepada Menteri Besar Terengganu, Muhammad Ramizu Mustaffa, manakala PGB pula diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Abdul Aziz Othman dan Pengurus Besar Kanan, Pemprosesan Gas dan Utiliti, M Nazir, M Nor.

Pemeteraian MoU ini menandakan langkah awal kerjasama antara MBI dan PGB bagi mengukuhkan pembangunan ekonomi di Negeri Terengganu. Kedua-dua pihak akan membuat penilaian bersama ke atas kebolehlaksanaan kedua-dua cadangan pembangunan tersebut.

Tengku Farok yang berucap ketika majlis menyuarakan keyakinan beliau terhadap jalinan kerjasama strategik oleh kedua-dua belah pihak yang selaras dengan pelan dan aspirasi Kerajaan Negeri Terengganu.

”Saya yakin bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dan memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu, sejajar dengan matlamat pelan jangka masa panjang yang diberi nama Pelan Induk Terengganu Sejahtera atau singkatannya PITAS 2030,” katanya.

Pembangunan loji janakuasa hidro kecil yang dicadangkan melalui anak-anak sungai di daerah Dungun adalah seiring dengan teras strategik 9 PITAS 2030 iaitu Pengukuhan Infra, Pemerkasaan Teknologi Hijau dan Pengawalan Impak Bencana. Projek ini dilihat sebagai penyelesaian Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang kritikal dalam menjadi solusi cabaran bekalan elektrik terutamanya bagi kawasan luar bandar yang terpencil.

Bagi cadangan kerjasama pengurusan, operasi dan penyenggaraan terminal oleh sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Negeri Terenganu pula, ia dilihat sebagai satu langkah strategik dan berimpak yang mana jika dapat direalisasikan dengan jayanya, bakal membuka ruang pemerkasaan ekonomi bukan sahaja buat organisasi-organisasi terlibat, tetapi juga buat komuniti setempat melalui penawaran peluang pekerjaan dan perkongsian kemahiran teknikal.

”Saya percaya Kerajaan Negeri akan sentiasa menyokong Petronas dan PGB dengan penyediaan infrastruktur dan sumber yang lengkap. Kerjasama kukuh yang terjalin sebelum ini telah memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

“Justeru pihak Kerajaan berharap jalinan kerjasama baharu ini akan mengukuhkan lagi hubungan dengan Petronas dan dan PGB,” tambah YBM Tengku Seri Bijaya Raja lagi.

MBI telah meletakkan visi untuk menjalankan pelaburan strategik bagi merangsang pertumbuhan ekonomi yang mampan di Negeri Terengganu. Usaha hari ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk melihat pembangunan yang lebih berdaya saing dapat dicapai melalui pelaburan strategik tertumpu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lagi MoU turut ditandatangani antara Pesama Timber Corporation Sdn Bhd (Pesama) bersama Forest Avenue International (Forest Avenue) bagi meluaskan segmen pengkomersilan ‘finger-joint’ dan ‘moulding’ di pasaran.

Dr. Ahmad Samsuri (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Pesama dan GPB.

Dr. Ahmad Samsuri (tengah) menyaksikan majlis menandatangani MoU antara Pesama dan GPB.

Pesama merupakan anak syarikat Golden Pharos Bhd (GPB) yang menjalankan perniagaan perkayuan di Terengganu manakala Forest Avenue merupakan anak syarikat Kumpulan Supreme, syarikat perkayuan terbesar di Klang, Selangor.

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Skyworld terima anugerah emas di FIABCI
Next: SP Setia rangkul anugerah Emas Dunia berganda

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.