Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Matlamat tidak menghalalkan cara
  • ATTRACTION

Matlamat tidak menghalalkan cara

Helmi Aziz March 22, 2019 3 minutes read
234729.jpg

UNTUK mendapatkan pencerahan secara jelas tentang bagaimana konteks susuk dan pemakaian botoks dalam Islam, Sinar Islam turut mendapatkan pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Mohamad Shukri menjelaskan, Islam menggariskan beberapa panduan dalam pemakaian sesuatu perkara. Seandainya dua-dua bahan itu adalah daripada najis, maka ia adalah dilarang sama sekali.

Selain itu, ujar beliau, jika penggunaan sesuatu itu boleh mendatangkan bahaya dan mudarat, ia juga dilarang.

“Macam botoks yang dikatakan terdedah kepada penyakit seperti barah dan seumpamanya, bermakna kalau ada kemudaratan, maka dilarang,” jelasnya.

Seperkara lagi, jelas Mohamad Shukri, elemen lain seperti mempunyai unsur untuk menipu atau memperdayakan orang lain juga perlu dilihat. Jika wujud elemen seperti itu, ia turut ditegah.

“Begini penjelasannya. Katakan seorang penjenayah mengambil suntikan botoks, daripada muka bujur kemudian jadi bulat. Unsur penipuan berlaku di situ, jadi pihak berkuasa sudah tidak boleh mengecam dia, maka itu dilarang.

“Kalau orang sudah tua, kemudian dia eksploitasi diri sendiri sehingga menampakkan dirinya muda tetapi tertipu apabila orang lain yang memandangnya. Itu juga dilarang. Ini termasuk jika kita mendapatkan khidmat bantuan jin bagi tujuan-tujuan tertentu untuk tujuan tidak bagus,” jelasnya.

Dalam Islam, Mohamad Shukri menjelaskan, tidak salah untuk menjadi cantik, asalkan cara penggunaan dan matlamatnya adalah baik. Jelas beliau, Islam menetapkan niat, cara dan matlamat perlu selari dalam melakukan sesuatu.

“Maksudnya, niat mesti baik, cara pun betul, matlamat juga betul, jadi hukumnya harus. Namun, kalau niat hendak memperdayakan orang, awal-awal lagi niat sudah salah. Begitu juga kalau niat betul, tetapi cara tidak betul, itu juga dikira salah,” katanya.

Meskipun demikian, Mohamad Shukri menegaskan, terdapat kelonggaran tertentu jika tujuannya untuk perubatan semata-mata. Sama kesnya dengan suntikan botoks yang dibenarkan, namun, dengan syarat penggunaannya dalam keadaan darurat dan mengikut keperluan serta dilakukan pakar bertauliah.

Dalam hal ini, beliau mengingatkan kembali kandungan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Kali ke-73 pada Julai 2006.

Dalam muzakarah itu, ujar mufti itu, suntikan botoks (Botulinum Toxin Type A) didapati mengandungi bahan-bahan yang meragukan, najis dan diharamkan. Ia memberi mudarat kepada pengguna bagi jangka pendek serta boleh dimanipulasi untuk tujuan penipuan.

Dari satu sisi, individu yang memakai susuk memang berdosa. Apa pula hukum untuk orang yang memakaikan susuk? Mohamad Shukri menjelaskan: “Ia sama seperti orang yang memakai susuk juga iaitu berdosa. Apa yang kita buat untuk kebaikan kita diberi pahala, kalau kita menunjuk jalan kepada keburukan, kita peroleh dosa.”

Ia sebagaimana hadis Nabi SAW: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Riwayat Muslim)

Kepada satu soalan, Mohamad Shukri berkata: “Jika sudah insaf, buanglah susuk itu, ada cara untuk menyelesaikannya.”



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Susuk mendampingi syaitan
Next: Definisi cantik, tampan dari perspektif Islam

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.