“MATA HATI” LAGU TERBARU FANZI RUJI

“MATA HATI” LAGU TERBARU FANZI RUJI

Petaling Jaya, 3 November 2023 – Fanzi Ruji aktif dalam platform Youtube dan Tik Tok sebagai content creator dan penyanyi yang suka cover lagu genre pop, balada dan banyak lagi. Mata Hati lagu OST dalam drama Bukan Sekadar Lafaz di TV3  merupakan lagu single Fanzi Ruji yang terbaru. Lagu ini merupakan kerjasama Alternate Records bersama Marsha London Entertainment. Fanzi Ruji merupakan artis pertama yang bernaung di bawah Marsha London Entertainment.

‘Mata Hati’ mengambil masa selama 4 jam dalam proses pembikinan dan lagu tersebut merupakan hasil nukilan komposer berbakat iaitu Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat yang turut menjadi penulis lirik lagu ini. Lirik lagu Mata Hati mengisahkan tentang ekspresi penghargaan kepada pasangan kekasih dan ikatan janji untuk sehidup semati bersama. Ia merupakan sebuah lagu cinta yang dapat memberi kesan dan terus mencuri perhatian para pendengar dengan melodi yang romantik. 

Apabila diperdengarkan, “Mata Hati” mudah difahami dan turun ke dalam hati tetapi mempunyai makna yang kuat pada liriknya. “Kali pertama mendengar demo lagu “Mata Hati” saya terus dapat merasakan vibe daripada melodi dan lirik lagu ini kerana mudah difahami dan terus tersentuh di hati,” kata Fanzi Ruji ketika kali pertama mendengar demo “Mata Hati”. 

Keunikan yang ingin ditonjolkan di dalam lagu “Mata Hati” adalah cara pembawakannya iaitu ia sedap didengari tetapi konsep genre pop balada Melayu yang juga mempunyai sedikit unsur fresh ala-ala Korea menjadikan ia mencabar untuk dinyanyikan. 

Lagu ini merupakan salah sebuah lagu OST untuk drama Bukan Sekadar Lafaz yang diinspirasikan oleh novel karya Sophilea. Drama terbitan Pencil Pictures & Records ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan penulisan skrip dihasilkan oleh Sophilea. Menggabungkan pelakon terkenal tanah air seperti Alif Satar, Wanna Ali, Yuna Rahim, Malek Mccrone, Dr. Ahmad Idham dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Mata Hati’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial FANZI RUJI menerusi: Instagram: @fanziruji , Tiktok: @frismyinitial  , Facebook: @Fanzi Ruji.

Turut disertakan adalah lirik lagu  “Mata Hati”:

Langkah ku 

Ada mu 

Di samping lara 

Hala ku 

Tanpa mu 

Keliru arah yang tiada cinta 

Tak ku pinta 

Pahit yang lama 

Namun kau bawa manisnya 

Ku pegang janji 

Dua jiwa yang sehidup semati 

Sentiasa 

Kau sanubari 

Tak terkira perasaan cinta 

Dan hanya engkau lah 

Mata hati 

Masa ku tertumpu 

Pada kasih mu 

Yang menyedarkan ku

 Bidadari..

Terangkan sepi 

Jelas apa yang terkaburi 

Yang dicari

 Yang bukakan mata hati