Manjakan ibu sempena hari istimewa

Manjakan ibu sempena hari istimewa

ANDA mahu memberikan kejutan istimewa kepada ibu anda? Apa kata sempena Hari Ibu Sedunia yang disambut semalam, anda bawa ibu ke Hotel Pavilion Kuala Lumpur.

Raikan mereka dengan sajian khas di Restoran Ebisu yang menyediakan lima hidangan menarik, pakej istimewa ini telah disusun Banyan Tree bersempena hari yang bermakna buat insan yang melahirkan anda.

Antaranya Salad Garden Wild with Raw Seafood, Crab Stick and Japanese Cucumber dengan sos mayonis, California Roll dan Prawn Tempura Roll termasuk variasi pencuci mulut yang lazat.

Harga bermula pada kadar RM380 (untuk tiga hingga empat orang). “Di Hotel Pavilion Kuala Lumpur, kami benar-benar mahu memberi kegembiraan kepada ibu-ibu dengan tawaran yang hebat dan memuaskan,” kata Pengurus Besar Hotel Pavilion Kuala Lumpur, Anders Dimblad.

Menu Hari Ibu istimewa itu akan disediakan pada hari ini bermula pukul 12 tengah hari hingga 3 petang dan makan malam (6 petang hingga 11 malam).

Selain itu, bagi memanjakan lagi ibu tersayang, apa kata anda membawa mereka berurut dengan tukang urut profesional di Bayan Tree Spa.

Menariknya, perkhidmatan ini berterusan hingga 31 Mei depan. Sebarang tempahan boleh e-mel [email protected]

Manjakan ibu di spa yang pasti memberikan ketenangan kepadanya.

Manjakan ibu di spa yang pasti memberikan ketenangan kepadanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *