Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Malaysia #QuranHour gelombang mengupayakan ummah dengan al-Quran
  • ATTRACTION

Malaysia #QuranHour gelombang mengupayakan ummah dengan al-Quran

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
445065.JPG
PUTRAJAYA – Penganjuran Malaysia #QuranHour untuk tahun kelima yang dianjurkan secara serentak di seluruh negara hari ini adalah bagi mewujudkan gelombang untuk mengupayakan ummah dengan al-Quran.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, satu gelombang baharu sedang diwujudkan berlandaskan al-Quran bagi memperkasakan jiwa orang Islam melalui proses baca, tadabbur dan tazakkur al-Quran.

“Apabila jiwa orang Islam dan minda sudah semakin kuat dengan proses mendalami al-Quran melalui baca, tadabbur dan tazakkur maka dalam melakukan apa sahaja mereka ada roh.

“Hasilnya setiap yang dilakukan akan mengikut panduan al-Quran termasuklah menguruskan kehidupan, keluarga, masyarakat, negeri sehingga mengurus negara dapat dilakukan dengan baik,” katanya kepada Sinar Harian selepas program Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Putra Putrajaya hari ini.

Program yang berlangsung selama sejam bermula jam 11 pagi hingga 12 tengah hari itu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 peserta dan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Program kali ini terus menarik minat umat Islam di seluruh dunia apabila turut melibatkan lokasi hot spot di 12 buah negara antaranya Jepun, Arab Saudi, Sepanyol, Argentina, Indonesia, Australia, Amerika Syarikat dan Jerman.

Mujahid hadir pada Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.- FOTO ROSLI TALIB

Mujahid hadir pada Malaysia #QuranHour yang diadakan di Masjid Putra, Putrajaya.- FOTO ROSLI TALIB

Dalam pada itu, Hussamuddin yang juga Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf berkata, sebagai mengangkat tema Malaysia #QuranHour iaitu ‘Bangsa Berbudi dan Penyayang’, umat Islam perlu memperkasakan diri terlebih dahulu.

“Saya berharap lepas ini pemimpin-pemimpin ketepikan politik dan bergabung untuk proses pengupayaan al-Quran kerana kita sudah tertinggal jauh disebabkan perbalahan dengan perkara yang tidak menguntungkan ummah. Kita perlu bergabung dengan al-Quran untuk fokus pada pemerkasaan ummah,” katanya.

Mengulas mengenai penganjuran Malaysia #QuranHour kali kelima pagi tadi, beliau bersyukur kerana kali ini pihaknya berjaya menarik peserta yang berkualiti.

“Alhamdulillah kali ini kita dapat peserta yang berkualiti kerana sekarang di mana-mana kempen Malaysia #QuranHour ini telah berkembang secara organik di pelbagai lokasi.

“Di lokasi perdana Masjid Putra Putrajaya ini, saya berpuas hati dengan kualiti peserta dan kualiti pengisian. Diharapkan pada tahun akan datang penglibatan pelbagai pihak akan jadi lebih besar untuk kempen ini,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Sudarti tak pernah tinggal Malaysia #QuranHour

Pelajar, guru teruja sertai Malaysia #QuranHour



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Kempen kitar semula bagasi Samsonite-Kloth Cares
Next: Kotex martabatkan batik karya artisan Batik Boutique

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.