Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Mak, ayah suka bandingkan aku dengan abang…
  • Ekspo

Mak, ayah suka bandingkan aku dengan abang…

Helmi Aziz March 5, 2019 2 minutes read
211278.jpg

PERNAH tak kita dengar cerita ibu bapa suka lebih-lebihkan anak? Kiranya, macam anak emaslah. Mungkin ia terjadi kepada diri kita sendiri.

Hal ini kadang-kadang membuatkan anak jauh hati dengan ibu dan bapa sendiri.

Jangan begitu, kiranya anda berpelakuan sedemikian, ia sudah jatuh derhaka.

JANGAN MARAH MAK AYAH KALAU MEREKA BIAS

Dalam perkongsian ilmu daripada Prof Dr Muhaya Mohamad, beliau menjelaskan, apabila ibu bapa mula membandingkan, anak-anak akan hilang keyakinan diri dan merasa rendah diri.

Ujar Dr Muhaya, apabila sudah besar, si anak ini akan menjadi orang yang suka merendah-rendahkan orang lain pula.

PROF MUHAYA

PROF MUHAYA

Namun, katanya, apabila mak ayah berbuat begitu, sebagai anak, kita perlu memaafkan mereka.

“Kita kena maafkan mak ayah kita sebab mak ayah kita mungkin dibandingkan oleh mak ayah dia,” katanya melalui laman perkongsiannya.

CARI JALAN SUPAYA MAK AYAH SUKA KITA JUGA

Kata Dr Muhaya, untuk mengatasi masalah ini, seseorang individu kena bersikap positif.

“Kita cuba bina keyakinan diri sendiri dengan melihat abang saya berjaya.

Cuba apa ciri-ciri abang yang buat dia lebih berjaya.

“Apakah tindakan yang buat mak ayah saya dia. Maka, kita ikut. Cari clue macam mana abang kita jadi macam tu,” katanya.

Pada masa sama, individu itu juga mesti mengkaji dirinya juga.

“(Barangkali), saya ini sebenarnya tidak macam abang. Saya tidak disiplin. Saya bangun lambat. Saya tidak solat. Kita (secara kesimpulannya) tidak melakukan apa yang sepatutnya sebagai anak,” kata Dr Muhaya lagi.

PANDANG CERMIN, PUJI DIRI KITA SENDIRI

Kata pakar motivasi itu lagi, kita perlu memperbaiki dan membahagiakan diri kita sendiri.

“Teknik bagaimana nak bahagiakan diri ialah tengok kat cermin, tengok diri kita, hari-hari cakap dengan cermin.

“Cakap yang baik-baik sahaja, orang yang tinggi energynya ialah orang yang sentiasa (mendapat) puji. (Tapi) puji diri sendiri tanpa orang ada.

“(Kata pada diri), sebenarnya apa yang berlaku ni, untuk aku perbetulkan diri aku. Aku maafkan ibu bapaku. Mungkin mak ayah buat aku ni, bukan pasal dia negatif, tapi dia buat ini sebenarnya untuk menjadi satu stimulasi atau motivasi (kepada aku),” katanya.

BUANG PENYAKIT HATI

UNTUK mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni, ibu bapa dinasihatkan berlaku adil kepada semua anak-anak.-Gambar hiasan

UNTUK mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni, ibu bapa dinasihatkan berlaku adil kepada semua anak-anak.-Gambar hiasan

Dr Muhaya menambah, tidak perlu mempunyai sifat marah atau memendam rasa kalau ibu bapa lebihkan adik-beradik lain.

“Sebab kalau nak berjaya, mesti ikut orang berjaya, betul tak?

“Jadi, buang penyakit hati, dengki, down dan sebagainya. Jadi positif, optimis…dan perbaiki diri, perbaiki kehidupan kita,” katanya lagi.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Brahim’s mahu tamatkan status PN17 secepat mungkin
Next: Tip penting elak anak meragam masa bercuti

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.