Mahu disayangi suami?

Mahu disayangi suami?

  • April 19, 2019
  • 0 comments

MAHU jadi isteri yang disayangi? Yang penting kalau anda kaki bebel dan baran, tolong hapuskan sikap itu. Ia hanya menyebabkan anda suami isteri akan bergaduh dan bermasam muka. Jom ikuti perkongsian femina kali ini bagaimana mahu menjadi isteri yang disayangi suami. Selamat mencuba ya!

1) Rajinkan diri memasak untuk suami

Sekalipun anda bukan kaki masak dan tiada kemahiran memasak, namun anda tetap kena memasak untuk suami walaupun masakan yang mudah seperti menggoreng ikan dan sayur. Pada masa sama, anda belajarlah memasak melalui youtube atau melalui ibu mertua dan ipar duai setiap kali pulang ke kampung suami.

2) Pastikan rumah sentiasa bersih

Bila suami penat balik dari kerja, dia mesti mahu berehat dalam keadaan rumah yang selesa dan bersih. Jadi jangan biarkan rumah anda bersepah dan sakit matanya memandang.

3) Jangan membebel

Kaum lelaki cukup pantang dengan wanita yang kaki bebel. Lebih-lebih lagi ketika suami balik kerja dan dia dalam keadaan penat. Beri masa dia rehat dan tenangkan fikiran

4) Sediakan air minuman sebaik suami pulang ke rumah

Saat suami tiba di rumah, jangan tanya dia macam-macam persoalan yang dia tidak suka. Sebaliknya anda tanya dia nak minum apa dan berikan dia segelas air masak, kopi dan sebagainya supaya dia rasa lebih dihargai.

5) Urut atau picit ringan badannya

Biasanya orang balik kerja dia akan penat. Jadi anda ambil masa beberapa minit beri urutan ringan pada bahunya atau lengannya supaya dia rasa sedikit lega. Begitu juga ketika anda berdua di kamar ketika mahu melelapkan mata. Urutan ini akan mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri

6) Jadi pendengar setia

Tumpukan perhatian bila suami mahu berkongsi sesuatu sama ada masalah di tempat kerja atau minatnya. Sekalipun anda tidak berminat, berikan tumpuan untuknya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge