Magnetom Altea, Lumina kurangkan rasa cemas ketika MRI

Magnetom Altea, Lumina kurangkan rasa cemas ketika MRI

PERUSAHAAN Teknologi Kesihatan, Siemens Healthineers melancarkan teknologi baharu, magnetic resonance imaging (MRI) yang lebih mengutamakan keselesaan pesakit di Indonesia.

Bukan biasa-biasa, dua teknologi baharu, Magnetom Altea (1,5 Tesla) dan Magnetom Lumina (3 Tesla) mampu menyesuaikan diri dengan tubuh pesakit dan menjalankan analisa dengan kecerdasan buatan (AI) di The Ritz-Carlton Jakarta, baru-baru ini.

Menurut Ketua Siemens Healthineers Jakarta, Alfred Fahringer, kajian menunjukkan 42 peratus orang awam berasa takut ketika melakukan pemeriksaan MRI kerana cemas berada dalam ruang yang sempit dengan peralatan ditampal pada badan.

“Menjalani proses diagnosis seperti MRI akan menjadi pengalaman yang meresahkan dan boleh mempengaruhi hasil ujian akhir.

“Di Siemens Helathineers, kami memahami hal ini dan cuba inovasi baharu yang dapat menenangkan pesakit supaya lebih rileks dengan sistem ‘infotainment in bore’,” katanya.

Sistem itu dilengkapi dengan bantal yang berfungsi menjalankan transmisikan isyarat audio dan mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan MRI.

Magnetom Altea (1,5 Tesla) dan Magnetom Lumina (3 Tesla) diperkenalkan pada Persidangan Radiological Society of North America (RSNA) di Chicago, Amerika Serikat pada November 2018 lalu.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *