Lisa Surihani manis berhijab

Lisa Surihani manis berhijab

  • July 15, 2019
  • 0 comments
KETIKA industri seni tanah air dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti membuka tudung kononnya atas kerelaan sendiri, negara turut menerima khabar gembira apabila beberapa selebriti lain mengumumkan penghijrahan untuk bertudung.

Antara selebriti yang mengambil langkah mulia itu ialah Serina Redzuawan, Jihan Muse, Tunku Norhanis Tunku Salman atau Tunku Hanis, Nony Nadirah, Eyra Hazali dan isteri kepada Mark Adam, Norazah Redzuan.

Tidak terkecuali juga dengan aktres cantik dan popular, Lisa Surihani atau Lisa Surihani Mohamed yang juga isteri kepada Yusry Abdul Halim (Yusry KRU).

Pelakon utama filem Lagenda Budak Setan itu membuat kejutan dengan mengenakan hijab sebaik pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini.

Keputusan beliau itu menerima reaksi yang positif daripada ahli keluarga dan juga peminatnya. Menariknya, penghijrahan ibu kepada dua cahaya mata itu telah mendapat perhatian pemilik jenama tudung terkenal yang juga pengasas The Duck Group, Datin Vivy Yusof.

Vivy antara lain telah menghadiahkan sejumlah tudung kepada pelakon berusia 33 tahun itu sebagai tanda menyokong perubahan Lisa.

Manisnya selebriti terkenal ini berhijab.

Manisnya selebriti terkenal ini berhijab.

Warna lembut

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik menerusi Instagramnya, Lisa dilihat memilih warna-warna lembut seperti coklat, biru, putih, emas termasuk putih untuk digayakan.

Nampaknya semua rona yang dipilih dipadankan dengan busana yang sesuai dengannya. Sebagai contoh, ketika selebriti cantik itu mengemudi rancangan Tanya Dr Imelda, beliau mengenakan tudung berwarna emas dengan lilitan pada leher bersama blaus dan palazzo berwarna cerah.

Pada rancangan yang sama, Lisa dilihat mengenakan busana berwarna biru gelap disesuaikan dengan hijab berwarna biru laut. Kelihatan sopan dan sejuk mata memandang.

Kalau ditanya jenama tudung apa yang dipilih, barangkali Duck! Namun, penulis kurang pasti. Tidak kisah apa jenama pun, rasanya Lisa yang masih baharu dengan imej itu akan memilih fabrik yang selesa untuknya.

Seperkara, raut wajah yang jelita memberi kelebihan kepada pelakon itu membentuk gaya tudungnya. Semuanya kelihatan menawan!

Untuk seorang yang bernama Lisa Surihani, penulis berpendapat, beliau bukan sahaja cantik luar dan dalaman, malah penampilan terkininya mampu menyuntik inspirasi kepada wanita di luar sana.

SEMAKIN banyak gambarnya berhijab dimuat naik dalam laman sosial.

SEMAKIN banyak gambarnya berhijab dimuat naik dalam laman sosial.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge