Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Lelaki dari Perak diumum pemenang Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus
  • ATTRACTION

Lelaki dari Perak diumum pemenang Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus

Helmi Aziz February 20, 2019 2 minutes read
194051.jpg

SSEORANG peserta dari Ipoh, Perak, Tan Kim Chan dinobatkan sebagai pemenang pada Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus baru-baru ini.

Kim Chan, 64, telah menamatkan cabaran itu dengan mencatatkan 50 peratus penurunan paras kolesterol dan menewaskan lebih 600 peserta lain dari seluruh negara.

Dengan itu, beliau membIawa pulang sebuah Perodua MyVi dan perlindungan insurans Allianz Life Insurance Malaysia Berhad yang bernilai sejumlah RM80,000.

​​Kempen tersebut yang bermula dari April hingga September 2018 dianjurkan menerusi jalinan kerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN), Allianz Life Insurance dan Yayasan IJN.

Pemenang ditentukan berdasarkan peratusan pengurangan paras kolesterol yang tertinggi.

Ganjaran bulanan diberikan kepada peserta-peserta yang mencapai kadar pengurangan yang tertinggi pada setiap bulan.

Pada penghujung cabaran, peserta yang mencapai keputusan terbaik akan dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama.

Kim Chan berkata, sebelum ini, beliau mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.

Bertekad untuk merendahkan kolesterol dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat untuk jantungnya, lelaki ini kemudian menyahut Cabaran 30 Hari dan mula mengamalkan pengambilan Nestle Omega Plus.

“Saya mula mengambil Nestle Omega Plus dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

“Saya juga mula mengamalkan diet yang lebih sihat dan seimbang selain berhenti mengambil makanan laut yang saya suka, di samping mengelakkan makanan berlemak tinggi. Sebagai tambah nilai, saya meneruskan senaman secara konsisten untuk kekal aktif,” kata beliau.

Usaha cekal Kim Chan akhirnya membuahkan hasil. Sewaktu pemeriksaan susulan, beliau sekali lagi terkejut dengan bacaan kolesterolnya sebanyak 3.88 mmol/L iaitu bersamaan dengan kadar pengurangan 50 peratus dalam tempoh 30 hari sahaja.

Pengarah Eksekutif, Unit Perniagaan MILO® dan Susu, Nestlé Products Sdn Bhd, Kumaran Nowuram berkata, Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus merupakan cara pihaknya meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada pemeriksaan kolesterol.

Ia juga usaha pihaknya dalam meningkatkan kesedaran terhadap status (kolesterol) serta mencabar pelbagai tanggapan salah berkaitan kolesterol.

“Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada Kim Chan atas kejayaan beliau dan berharap kisahnya akan memberikan inspirasi kepada lebih ramai individu untuk menjaga kesihatan jantung mereka,” katanya.

Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai Nestle Omega Plus, sila layari www.facebook.com/NestleOmegaPlus.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Pembelian dalam talian kalangan lelaki di Shopee meningkat
Next: Dakyah ‘doktor antivaksin’

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.