Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Lebih 150 syarikat India melabur AS$3 bilion di Malaysia
  • ACTIVITY

Lebih 150 syarikat India melabur AS$3 bilion di Malaysia

Helmi Aziz January 30, 2022 3 minutes read
1433029.jpg

LEBIH 150 syarikat India melabur sebanyak AS$3 bilion di Malaysia dan menyumbang kepada lebih 20,000 peluang pekerjaan di negara ini. Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B N Reddy berkata, di sebaliknya syarikat Malaysia pula melabur AS$7 bilion di India sama ada secara terus atau melalui negara ketiga.

Perniagaan India terlibat dalam pelbagai sektor di Malaysia seperti ICT, bioteknologi, pembuatan dan perkhidmatan kewangan.

Menurut Reddy, kebelakangan ini India muncul sebagai 10 rakan dagang utama Malaysia di peringkat global.

Meskipun dibelenggu pandemik Covid-19, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berkembang sebanyak 26 peratus pada 2021 dan perdagangan keseluruhan mencecah AS$17 bilion.

Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Malaysia-India (MICECA) dan Perjanjian komprehensif ASEAN-India mengenai Perdagangan Barangan dan Perkhidmatan serta Pelaburan terus menggalakkan hubungan dua hala kedua-dua negara,” katanya.

Reddy berkata demikian dalam ucapannya pada majlis resepsi Hari Republik India 2022, di sini pada Jumaat.

Tetamu utama, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan mewakili kerajaan Malaysia pada majlis itu.

Turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, yang juga Duta Khas Malaysia ke Asia Selatan. Reddy menekankan bahawa India dan Malaysia berkongsi ikatan persahabatan yang mendalam dan kekal, berakar umbi dalam hubungan sesama rakyatnya.

Beliau berkata, ikatan persahabatan ini melangkaui hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sejak 1957.

“Ia juga menandakan 30 tahun perkongsian pembangunan ASEAN. Kami melihat peluang besar untuk meningkatkan hubungan dua hala dengan mengambil peluang daripada hubungan kukuh yang terjalin antara kedua-dua negara,” tambahnya.

Di samping itu, Reddy berkata, lebih 250,000 warga India terdiri daripada profesional dan pekerja turut menyumbang kepada ekonomi Malaysia.

Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kerajaan Malaysia kerana memudahkan warga India untuk meneruskan kerjaya mereka di Malaysia.

Mengenai Covid-19, Reddy berkata, Malaysia mencapai kemajuan besar dalam pelaksanaan vaksinasi termasuk dos penggalak dan meluaskannya kepada golongan muda.

Beliau menyatakan sudah lebih dua tahun dunia memerangi Covid-19.

Pada tahun pertama India telah meningkatkan infrastruktur penjagaan kesihatan dan menjangkau untuk membantu orang lain.

“Menjelang tahun kedua, kami membangunkan vaksin sendiri – Covaxin, dan melancarkan kempen vaksinasi terbesar di dunia.

“Dengan lebih 1.65 bilion dos telah diberikan, kami berjaya menampung 93 peratus populasi dewasa dengan dos pertama dan 70 peratus penduduk telah menerima vaksin lengkap,” katanya.

India turut membekalkan vaksin di bawah inisiatif ‘Vaccine Maitri’ dan bantuan perubatan lain kepada 74 negara.

Beliau menyatakan bahawa Perdana Menteri, India Narendra Modi dalam ucapannya di Sidang Kemuncak Kumpulan 20 Pemimpin di Rom pada Oktober lalu, mengumumkan negara itu akan menghasilkan lima bilion dos vaksin Covid-19 tahun ini, yang akan tersedia untuk dunia. – Bernama

Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Axiata, XL Axiata ambil alih saham Link Net bernilai RM2.55 bilion
Next: Timur Tengah destinasi eksport minyak sawit

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.