Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Langkah selamat jika SmartTAG gagal berfungsi
  • ATTRACTION

Langkah selamat jika SmartTAG gagal berfungsi

Helmi Aziz April 20, 2019 3 minutes read
1555693658_219969.jpeg

LORONG tunai sering menjadi punca kesesakan di plaza tol seluruh negara tetapi semua itu sudah menjadi sejarah. Diam tak diam, sudah dua tahun PLUS Malaysia Berhad berjaya melaksanakan sistem transaksi tol tanpa tunai (100 peratus elektronik) di semua plaza tol PLUS sejak April 2017. Namun, pernahkah anda mengalami sebarang masalah ketika menggunakan lorong tanpa tunai atau lebih dikenali sebagai lorong SmartTAG? Minggu ini Sinar Turbo ingin berkongsi panduan berkenaan lorong SmartTAG jika SmartTAG anda gagal berfungsi dan cara-cara mengatasi situasi tersebut yang perlu diberi perhatian kepada semua pemandu.

Sebelum Memandu

  • Pastikan kredit kad Touch ‘n Go mencukupi.
  • Pastikan kuasa bateri alat SmartTAG mencukupi.
  • Alat SmartTAG mestilah berfungsi dalam keadaan yang baik.
  • Pastikan kedudukan alat SmartTAG berada pada kedudukan yang betul supaya mudah dibaca oleh sensor ketika melalui lorong tanpa tunai.


POSISI kedudukan SmartTAG yang betul.



 Posisi kedudukan SmartTAG yang betul.

POSISI kedudukan SmartTAG yang betul.
Posisi kedudukan SmartTAG yang betul.

Jika SmartTAG Gagal Berfungsi

1. Perlahankan kenderaan dan jangan panik.

2. Betulkan kedudukan SmartTAG supaya mudah dibaca oleh mesin.

3. Undurkan kenderaan anda perlahan-lahan supaya SmartTAG dapat dibaca sekali lagi.

4. Jika SmartTAG masih gagal berfungsi, undur sekali lagi dan rapatkan kenderaan anda di bahagian kanan supaya mesin boleh mengesan kad Touch ‘n Go sebagai alternatif kedua.

5. Buka tingkap dan sentuh kad Touch ‘n Go pada panel sentuh yang terdapat di bahagian kanan plaza dan pandu seperti biasa.

6. Jika masih gagal, tekan butang bantuan yang terdapat pada panel Touch ‘n Go dan dapatkan bantuan daripada juru tol.

Cara Terbaik Yang Perlu Diamalkan

1. Keluarkan SmartTAG lebih awal.

2. Jangan sesekali bunyikan hon jika terdapat kenderaan yang mengalami masalah kegagalan SmartTAG berfungsi di hadapan.

3. Kurangkan kelajuan apabila menghampiri plaza tol dan masuk ke lorong yang sesuai.

4. Jangan sesekali menukar lorong di saat-saat akhir.

5. Sentiasa selenggara atau memeriksa bateri alat SmartTAG sekurang-kurangnya sebulan sekali supaya bateri berada dalam keadaan yang baik dan alat SmartTAG sedia untuk diguna pakai.

Bateri SmartTAG perlu diselenggara dan ditukar dua bulan sekali bergantung pada penggunaan.




Bateri SmartTAG perlu diselenggara dan ditukar dua bulan sekali bergantung pada penggunaan.

Bateri SmartTAG perlu diselenggara dan ditukar dua bulan sekali bergantung pada penggunaan.
Bateri SmartTAG perlu diselenggara dan ditukar dua bulan sekali bergantung pada penggunaan.

INFO SmartTAG

SmartTAG boleh digunakan selagi masih boleh berfungsi. Tiada tamat tempoh. SmartTAG juga boleh digunakan bersama kad Touch ‘n Go yang berlainan (bukan dengan kad yang sama sahaja).

Rupa bentuk SmartTAG keluaran terbaharu di pasaran.




RUPA bentuk SmartTAG keluaran terbaharu di pasaran.

Rupa bentuk SmartTAG keluaran terbaharu di pasaran.
RUPA bentuk SmartTAG keluaran terbaharu di pasaran.

Tetapi kad Touch ‘n Go mempunyai tarikh luput 10 tahun dari tarikh pengeluaran. Kad Touch ‘n Go juga perlu digunakan sekurang-kurangnya sekali dalam masa setahun untuk mengelakkan daripada dinyahaktifkan. Anda juga boleh menggunakan kad pengenalan sebagai Touch ‘n Go selepas membuat tambah nilai di mana-mana kemudahan Touch ‘n Go. Selain itu, anda boleh mendapatkan nombor siri kad Touch ‘n Go bagi kad pengenalan anda melalui resit tambah nilai.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Keajaiban aiskrim Nestle yang kekal beku
Next: Sejauhmana kita kasihi saudara seagama kita…

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.