Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • LAGU ‘ASSALAMUALAIKUM’ DIBERI NAFAS BAHARU
  • ATTRACTION

LAGU ‘ASSALAMUALAIKUM’ DIBERI NAFAS BAHARU

Helmi Aziz December 13, 2023 (Last updated: December 13, 2023) 2 minutes read

Bagi sokongan kepada Palestin yang dalam peperangan, lagu kemanusiaan berjudul ‘ASSALAMUALAIKUM,’ ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K, dan Ezra Kong, kini mengalami transformasi baru. Rocketfuel Entertainment, label hiburan terkemuka, bekerjasama dengan Astro untuk membawa lagu ini ke tahap baru.

Lebih istimewa, versi ‘remake’ lagu ini menampilkan pelbagai artis ternama seperti Naqiu, Tomok, Aliff Aziz, Azharina, Liza Hanim, Hady Mirza, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Nikki Palikat serta barisan artis Rocketfuel Entertainment sendiri iaitu Hael Husaini, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie, dan penampilan istimewa oleh Dato’ Hattan, Mawi dan juga Zizi Kirana.

Menurut Pn. Syakireen Othman,selaku Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, “Sebagai tanda sokongan terhadap bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin, Rocketfuel Entertainment bersama-sama selebriti dan penyanyi tempatan turut terpanggil untuk bersolidariti melalui nyanyian bersama oleh artis-artisnya yang prihatin.

“Dengan mengambil pendekatan berhibur sambil menderma, segala kutipan hasil sumbangan menerusi tontonan di YouTube dan juga penstriman lagu atas talian akan disalurkan kepada Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin di bawah naungan Kementerian Luar Negeri,” tambah Syakireen.

Dalam nada penuh pengharapan, Ara berkongsi, “Ini bukanlah hanya hiburan semata-mata, ianya merupakan salah satu usaha kita untuk membantu saudara kita yang berada di Palestin yang sangat memerlukan bantuan dan perhatian, dan sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, jangan lupa untuk terus memperkatakan tentang konflik yang sedang berlaku di Gaza.

“Muzik adalah medium universal dan salah satu elemen penting dalam menyampaikan mesej, dan secara langsung menunjukkan tanda solidariti dan keprihatinan kita,” tambah Ara.

Selain lagu, Rocketfuel Entertainment juga turut menghasilkan sebuah video muzik (MV) eksklusif yang menampilkan artis-artis di bawah naungan label tersebut seperti Dinda Dania, Timah, Idris Brown, Syazwan Suhaimi dan Agy, serta penampilan daripada personaliti dan selebriti terkenal tempatan antaranya, Dato’ Zainal Abidin Hassan, Razman Roslan, Dr. Soo Wincci serta Safee Sali, Daniel Fong dan ramai lagi.

Untuk makluman, MV ASSALAMUALAIKUM telah mula ditayangkan secara rasminya pada tarikh 3 Disember 2023, jam 9:00 malam, eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network. Manakala pada hari berikutnya, lagu ini boleh dimuat turun di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Barisan Artis dan Rocketfuel Entertainment Bersatu Dalam Lagu Kemanusiaan bagi Solidariti Palestin
Next: Johari Abdul Ghani letak jawatan Pengerusi CI Holdings

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.