Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Kuasa projektor laser 3LCD terkecil di dunia
  • ATTRACTION

Kuasa projektor laser 3LCD terkecil di dunia

Helmi Aziz November 14, 2019 3 minutes read
509949.jpg

LABEL besar dunia sentiasa berlumba-lumba menghasilkan teknologi dalam saiz yang kecil. Bagi mereka, lebih mikro saiznya, makin ramai pelanggan akan memiliki fitur ciptaan mereka.

Peneraju teknologi global yang cukup berdedikasi, Seiko Epson Corporation (Epson) misalnya, memperkenalkan inovasi projektor laser 3LCD terkecil di dunia, Epson EF-100 yang berupaya memancarkan imej umpama panggung wayang bergerak yang berkualiti tinggi.

Fitur baharu itu pastinya membuatkan ramai tersenyum lebar khususnya buat para kaki wayang, mungkin selepas ini tidak perlu bersesak-sesak ke pawagam menonton wayang kegemaran memandangkan inovasi projektor laser terkecil di dunia itu mampu memenuhi keperluan gaya hidup masa kini.

Model 3LCD yang didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih itu hanya bersaiz kompak dan ringan malah bahagian sisinya yang paling panjang hanya berukuran 23 sentimeter dengan berat sebanyak 2.7 kilogram (kg) sahaja!

Mengulas mengenainya, Pengarah Urusan Epson Malaysia, Daisuke Hori berkata, pihaknya bermatlamat untuk merevolusikan cara pengguna menonton kandungan digital menerusi produk siri EF-100 itu.

“Projektor dengan teknologi terkini itu hadir dengan ciri penggunaan mudah dan keupayaan mudah alih. Ini bermaksud ia membolehkan pengguna memindahkan projektor tersebut ke mana-mana ruang atau bilik dalam kediaman mereka.

“Seperkara, pengguna tidak perlu berasa khuatir dengan kaedah pemasangan produk tersebut kerana semuanya dapat dibuat dengan mudah. Dengan saiz pemancaran berukuran 150 inci, pengguna boleh menghidupkan suasana pawagam dalam kediaman mereka sendiri,” ujarnya kepada e-Trend baru-baru ini.

Menariknya lagi, projektor laser Epson EF-100B dan EF-100W itu berupaya untuk memancarkan imej yang berkualiti tinggi dari mana-mana sudut kediaman.

Menerusi saiz pemancaran yang berukuran setinggi 150 inci, barisan projektor inovatif itu menggabungkan pemancaran skrin besar dengan ciri fleksibiliti dan kegunaan yang mudah.

“Ya, teknologi baharu itu diyakini bakal mengubah landskap pasaran projektor kediaman. Reka bentuknya yang langsing dan serba minimalis dicipta khas bukan sahaja untuk pengguna yang mementingkan estetika malah dapat disesuaikan dengan suasana kediaman dan gaya hidup pengguna,” ujar beliau.

EPSON EF-100B nampak stailo dengan warna hitam.

EPSON EF-100B nampak stailo dengan warna hitam.

360 darjah

Mengulas lanjut, Daisuke berkata, barisan projektor tersebut berupaya untuk memancarkan imej dari semua sudut dengan ciri fleksibiliti 360 darjah. Ini bermakna, pengguna boleh menonton pancaran imej pada dinding mahupun pada siling rumah.

Melalui sambungan port HDMI, projektor tersebut dapat diakses dengan mudah menerusi telefon mudah alih, tablet, pemain DVD, konsol permainan video mahupun komputer riba.

Selain itu, pengguna juga boleh menyiarkan atau strim kandungan digital dengan mudah (peranti penstriman boleh disambungkan di bahagian belakang projektor berkenaan).

“Pada waktu siang atau dalam persekitaran yang terang, sumber cahaya laser projektor tersebut mampu memancarkan imej yang cerah dan vibran.

“Pengguna tidak perlu mematikan lampu atau menutup tirai tingkap rumah kerana dengan projektor laser itu, penggemar filem boleh menikmati kualiti imej yang tiada tolak bandingannya menerusi tahap kecerahan berjumlah 2,000 lumen dan nisbah kontras yang berjumlah lebih daripada 2,500,000:1,” jelas beliau.

Sebagai tambah nilai, pemilik projektor juga tidak perlu menukar lampu (projektor) lantar sumber cahaya laser produk ini dicipta untuk tahan lama. Cuma perlu penjagaan minimum sahaja.

DAISUKE menyampaikan ucapan pembukaan sempena Majlis Pelancaran Projektor Laser Epson 3LCD di Whitebox, Publika baru-baru ini.

DAISUKE menyampaikan ucapan pembukaan sempena Majlis Pelancaran Projektor Laser Epson 3LCD di Whitebox, Publika baru-baru ini.

Jelas Daisuke lagi, barisan projektor kediaman itu menggunakan antara muka (interface) yang mesra pengguna dan sesuai untuk pengguna baharu yang tidak mempunyai pengalaman dalam pengoperasian sesebuah projektor.

“Projektor tersebut boleh dipasang dan dihidupkan dengan mudah. Pengguna hanya perlu mengikut panduan pemasangan yang ringkas dengan ciri utama pelarasan pemancaran yang juga serba mudah, ia dapat dibuat dengan geometric keystone correction,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: 5 tip peti ais kemas, bersih
Next: Boleh potong kuku pada bila-bila masa, tak semestinya hari Jumaat

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.