Konsep ala pasar malam di Rajawali Coffee House

RAJAWALI Coffee House di Resorts World Awana, Genting Highlands, Pahang meneruskan tradisi dengan menawarkan sajian iftar yang memukau selera.

Seperti kelazimannya, lebih 100 hidangan dengan pelbagai menu menanti pengunjung.

Bufet Ramadan yang bertemakan Bazar Malam di Awana cukup menarik perhatian apabila memberi orang ramai pengalaman seperti berada di pasar malam.

Deretan kira-kira 20 gerai makanan dan minuman disusun secara sistematik.

Antaranya Gerai Merdeka Kerabu yang menyediakan pelbagai jenis kerabu seperti udang, sotong, ikan dan ketam termasuk pilihan jeruk tradisional seperti jeruk nyonya Masdor, kelubi, mempelam dan salak.

Jika anda mahu menikmati kambing panggang Australia bersama sos lada hitam dan pudina, bolehlah singgah di Gerai Rosnie.

Harga yang ditawarkan RM118 (dewasa) manakala RM59 (kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah dan warga emas). Waktu operasinya bermula pukul 6 petang-10 malam.

Aneka kuih muih boleh dinikmati di gerai yang diberi nama Taman Manisan Hajah Rokiah.

Aneka kuih muih boleh dinikmati di gerai yang diberi nama Taman Manisan Hajah Rokiah.

Sementara itu, Naib Presiden Makanan & Minuman Resorts World Genting, Gerard Walker berkata, pihaknya berbangga dapat menyediakan pelbagai jenis masakan yang bukan hanya boleh dinikmati mereka yang berpuasa malah kepada pengunjung lain.

Selain berbuka puasa di restoran itu, orang ramai juga boleh menikmati bufet di medan selera yang terletak di tingkat bawah SkyAvenue dan Jom Makan di aras 4.

Tawaran harga bermula daripada RM21.90 dan RM28.

Pengurus Besar, Isaaz Ishak Yunus (tengah) dan Sous Cef, Ahmad Rosnie Mohamed Nor (kanan) menunjukkan salah satu menu yang menjadi tarikan di restoran itu.

Pengurus Besar, Isaaz Ishak Yunus (tengah) dan Sous Cef, Ahmad Rosnie Mohamed Nor (kanan) menunjukkan salah satu menu yang menjadi tarikan di restoran itu.



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *