KLINIK DIDIK SEDIA MEMBANTU CALON-CALON SPM 2023!

KLINIK DIDIK SEDIA MEMBANTU CALON-CALON SPM 2023!

Hampir 400,000 pemohon SPM mengambil ujian itu pada 2023—Ujian Amali Sains diadakan awal bulan Disember—semangat di sekitar peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semakin meningkat. Pada awal Januari 2023, semua pemohon SPM 2023 juga akan mengambil ujian Bertutur dan Mendengar. Pada 30 Januari tahun itu, ujian Bertulis akan dijalankan.

Pelbagai program kini giat dijalankan oleh pihak sekolah bagi membantu persediaan calon SPM 2023, termasuk latihan intensif bagi memastikan setiap calon SPM bersedia untuk menduduki peperiksaan berkenaan.

Untuk mengurangkan tekanan calon SPM 2023 Rangkaian Televisyen Media Prima (RTMP) akan mengadakan Klinik Didik SPM khusus untuk membantu murid Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM tahun ini. Klinik Didik SPM kali kedua ini akan diadakan pada 28 Oktober 2023, di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petangTerdahulu pada 2 September, lebih 200 pelajar telah menyertai Klinik Didik SPM dan rata-rata telah memberikan maklum balas yang begitu baik.

Selain Klinik Didik SPM, RTMP turut menganjurkan Klinik Didik Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) iaitu pada 2 September (Universiti Putra Malaysia, Serdang) dan pada 9 September di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar.  Kedua-dua Klinik Didik PKSK dan SPM ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ibu, bapa serta murid di sekitar Lembah Klang.

Masih belum terlewat bagi calon SPM 2023 untuk mendapatkan pelbagai panduan dan cara menjawab soalan peperiksaan. Keunikan Klinik Didik ini adalah kehadiran guru-guru berpengalaman dalam mata pelajaran wajib lulus SPM. Selain itu, mereka juga merupakan barisan guru yang turut menjadi penyampai dalam program DIDIKTV KPM, Ikon Pendidikan Kebangsaan dan guru-guru pakar yang menjadi tenaga pengajar utama di Selangor. Peserta yang hadir akan diberi pendedahan terhadap teknik-teknik menjawab soalan dan analisis soalan mata pelajaran wajib lulus dengan cara yang mudah. Mereka juga turut diberikan himpunan analisis SPM yang terdahulu bagi membantu setiap pelajar merancang pembelajaran dengan lebih teratur.

Jom sama-sama sertai Klinik Didik SPM dan daftar sekarang di laman sesawang www.buletintv3.my/klinikdidik yang bakal diadakan pada 28 Oktober 2023, di New Straits Times (M) Berhad, Bangsar untuk lebih keyakinan bagi mencapai keputusan yang cemerlang apabila tiba hari peperiksaan kelak!