Keterampilan Subaru XV GT Edition

TC Subaru Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan berjenama Subaru di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model edisi khas Subaru XV dikenali sebagai Subaru XV GT Edition.

Model XV GT Edition merupakan hasil kolaborasi antara Moto Image, Giken Co. Ltd. dan Masahiko Kobayashi, bekas ketua pereka Subaru Global Advanced Design Studio yang bertanggungjawab menghasilkan lebih daripada 12 model produksi termasuklah Subaru WRX STI.












Lampu utama LED dan lampu nyalaan siang LED.

Lampu utama LED dan lampu nyalaan siang LED.

Model terkini itu didatangkan dengan kit badan yang merangkumi empat elemen iaitu sambungan lip bampar hadapan, skirt sisi, spoiler bumbung dan sambungan bampar belakang yang tampil sedikit agresif dengan elemen jalur perak. Subaru merupakan pengeluar automotif dari Jepun yang cukup terkenal dengan pembuatan produk lasak dan berketrampilan berbeza dalam segmennya. Justeru, XV GT juga tidak terkecuali dengan dilengkapi ciri asas terbaik untuk kegunaan off-road.












Bampar belakang yang tampil sedikit agresif dengan elemen jalur perak.

Bampar belakang yang tampil sedikit agresif dengan elemen jalur perak.

Jentera itu didatangkan dengan enjin boxer aspirasi natural (NA) 2.0L Suntikan Terus Boxer berkuasa [email protected],000rpm dan tork 196Nm @4,000rpm. Ia membolehkan XV GT mencapai kelajuan dari 0-100 kilometer perjam (km/j) hanya dalam masa 10.4 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 194 km/j. Berdasarkan ujian dilakukan, enjin tersebut mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi 100km.












Enjin XV GT Edition mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi tempoh 
perjalanan 100km.

Enjin XV GT Edition mencatatkan penggunaan bahan api sebanyak 7.9 liter bagi tempoh
perjalanan 100km.

Jenteranya juga dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17 inci dan kemasan logo GT di tengah bersama tayar Continental UltraContact bersaiz 225/60 R17. Ciri lainMenjengah bahagian kabin pula, XV GT Edition menampilkan karpet tersendiri, kemasan serba hitam serta tempat duduk kulit yang direka dengan inspirasi daripada kabin jentera Grand Tourer dari Jerman dan Britain.

Selain kemasan hitam dalam kabin, ambien kontra dapat dilihat pada sulaman benang oren pada stereng, kerusi, konsol tengah, tombol gear, papan pemuka dan panel pintu. Material kulit lembut pada kerusi pasti dapat memberikan keselesaan kepada pemandu. Ini ditambah pula bentuk sokongan penuh pada kerusi belakang yang memegang tubuh dengan selesa.












Ruang kabin serba hitam dan nampak sporty.

Ruang kabin serba hitam dan nampak sporty.

Selain itu, terdapat juga sistem Dual Side View Monitor yang memaparkan pandangan dari kamera pada cermin sisi sebagai ciri standard bagi memudahkan pemandu mengakses ruang parkir dengan lebih cermat. Ciri lain yang masih sama seperti varian XV lain termasuklah lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, brek parkir elektronik, pedal penukar gear, PIN Code Access, Arahan Pengesan Suara dan pendingin hawa automatik dwizon.

Subaru XV GT Edition dilengkapi dengan kemasan kulit menguasai bahagian tempat duduk disulami dengan jahitan berwarna jingga. Model tersebut dijual pada harga RM130,788.00 dan kekal dengan ciri keselamatan seperti tujuh beg udara, ABS, EBD, ESC, cagak ISOFIX dan ciri Steering Responsive Headlamp yang hanya ada pada kereta mewah!



Sumber

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *