World #QuranHour disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan semua platform digital Sinar Harian KUALA LUMPUR – Program World #QuranHour merupakan kesinambungan rancangan harian My #QuranTime yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah. Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, kewujudan rancangan bacaan al-Quran yang bersiaran sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu diilhamkan daripada keadaan semasa ketika itu. Namanzee “Sejarah My #QuranTime bermula setelah melihat keresahan orang ramai terhadap keadaan semasa (penularan Covid-19) dan cara yang terbaik mengatasi keadaan itu adalah dengan memartabatkan al-Quran. “Kita menghasilkan program tersebut setiap hari dengan bertaddabur dan beriman dengan al-Quran bersama-sama secara perlahan-lahan. “Kaedah untuk memahami al-Quran adalah dengan cara tertib dan teratur agar pemahaman terhadapnya jelas selain dapat disampaikan dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas program World #QuranHour di Studio TV Alhijrah pada Selasa. Program World #QuranHour disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan semua platform digital Sinar Harian pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli hadir ke program berkenaan bagi menyertai bacaan Surah Al-Sajdah. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli hadir ke program World #QuranHour di Studio TV Alhijrah. Dalam pada itu Namanzee menjelaskan, konsep program My #QuranTime turut diterapkan pada program tahunan World #QuranHour dengan melibatkan enam qari yang membaca surah Al-Sajdah bersama tiga pentaddabur. “Bacaan dan taddabur surah Al-Sajdah yang disampaikan hari ini disifatkan sebagai bacaan al-Quran yang bukan sekadar bacaan, tetapi memahami isi kandungannya supaya umat Islam dapat mempelajari sesuatu daripadanya,” ujarnya. Sumber Post navigation Bolehkah buang uri di tempat pembuangan sampah? Rintis rekaan, fleksibiliti TV futuristik
KUALA LUMPUR – Program World #QuranHour merupakan kesinambungan rancangan harian My #QuranTime yang disiarkan secara langsung di TV Alhijrah. Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris berkata, kewujudan rancangan bacaan al-Quran yang bersiaran sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tiga tahun lalu diilhamkan daripada keadaan semasa ketika itu. Namanzee “Sejarah My #QuranTime bermula setelah melihat keresahan orang ramai terhadap keadaan semasa (penularan Covid-19) dan cara yang terbaik mengatasi keadaan itu adalah dengan memartabatkan al-Quran. “Kita menghasilkan program tersebut setiap hari dengan bertaddabur dan beriman dengan al-Quran bersama-sama secara perlahan-lahan. “Kaedah untuk memahami al-Quran adalah dengan cara tertib dan teratur agar pemahaman terhadapnya jelas selain dapat disampaikan dengan baik,” katanya pada sidang akhbar selepas program World #QuranHour di Studio TV Alhijrah pada Selasa. Program World #QuranHour disiarkan secara langsung di TV Alhijrah dan semua platform digital Sinar Harian pada pukul 12 tengah hari hingga 1 petang. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli hadir ke program berkenaan bagi menyertai bacaan Surah Al-Sajdah. Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan mencemar duli hadir ke program World #QuranHour di Studio TV Alhijrah. Dalam pada itu Namanzee menjelaskan, konsep program My #QuranTime turut diterapkan pada program tahunan World #QuranHour dengan melibatkan enam qari yang membaca surah Al-Sajdah bersama tiga pentaddabur. “Bacaan dan taddabur surah Al-Sajdah yang disampaikan hari ini disifatkan sebagai bacaan al-Quran yang bukan sekadar bacaan, tetapi memahami isi kandungannya supaya umat Islam dapat mempelajari sesuatu daripadanya,” ujarnya.