Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Kereta terbang tak dijual untuk orang ramai
  • ATTRACTION

Kereta terbang tak dijual untuk orang ramai

Helmi Aziz April 20, 2019 2 minutes read
210231.png

PASARAN utama kereta terbang yang akan dibangunkan di negara ini adalah syarikat perkhidmatan pengangkutan atau pemain sektor pengangkutan lain, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Redzuan Md Yusof.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas positif, terutamanya dari syarikat antarabangsa, termasuk membabitkan aspek pembangunan prototaip dan pelan tindakan.

“Setakat ini, banyak pihak menunjukkan minat terhadap pembangunan kereta terbang ini, termasuk Grab yang bercadang menggunakannya sebagai perkhidmatan teksi,” katanya selepas menyempurnakan Karnival Keusahawanan Durian Tunggal 2019 baru-baru ini.

 Terrafugia Transition yang diperkenalkan oleh Geely

Terrafugia Transition yang diperkenalkan oleh Geely

Justeru katanya, pasaran jualan komersial kepada orang ramai bukanlah sasaran pasaran kereta itu seperti tanggapan ramai ketika ini. Beliau mengulas relevan penggunaan dan penjualan kereta terbang dalam kalangan rakyat negara ini, selepas pengumuman pembangunan kereta itu mendapat pelbagai reaksi, sebahagian besarnya negatif.

“Kereta terbang ini bukan untuk dijual kepada orang ramai, sama seperti pembangunan (kereta) Formula 1 dan kapal terbang. Orang ramai tidak beli kereta Formula 1 dan kapal terbang, sebaliknya mereka naik kapal terbang itu.”

Selasa lalu, Redzuan dipetik Bernama sebagai berkata, kereta terbang pertama Malaysia akan dipacu teknologi tempatan, dengan prototaip kereta itu sudah ada dan dijangka diperkenalkan tahun ini.

Katanya, pembangunan kereta terbang itu bakal menarik pelaburan luar dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan, khususnya dalam bidang kejuruteraan.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata, rakyat diminta memahami dan menerima usaha kerajaan dalam pembangunan kereta terbang itu secara positif serta terbuka agar dapat bersaing dan setaraf rakyat negara maju pada masa depan.

“Kereta terbang bukan perkara baru dan apa yang kita lakukan untuk merangsang pemikiran dan minda, terutama bagi mereka yang mahu berusaha dan tahu pentingnya teknologi.”

Sementara itu, beliau berkata, pembinaan hospital di Semenyih oleh pelabur Bosnia bukan agenda politik, sebaliknya usaha kerajaan membangunkan kawasan itu dan memberi perkhidmatan lebih baik kepada rakyat.

Katanya, pelabur Bosnia yang sudah membangunkan industri kesihatan di seluruh negara dengan 150,000 katil sehingga kini, bercadang mengembangkan operasi mereka dengan membina hospital 150 katil di kawasan pinggir bandar itu.

“Kita melihat ada keperluan untuk pembangunan hospital di Semenyih dan akan memberi cadangan lokasi sesuai, selepas mereka mengemukakan pelan pembangunan.”



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Barbie menginspirasi kanak-kanak perempuan sejak 1959
Next: Jangan ambil hak orang

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.