Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Kerap bercukur jejas kulit wajah
  • ATTRACTION

Kerap bercukur jejas kulit wajah

Helmi Aziz November 15, 2019 2 minutes read
1573787638_374891.jpg

MEMILIKI kulit wajah yang bersih merupakan impian setiap individu, golongan jejaka juga tidak terkecuali.

Bagaimanapun, dalam beberapa perkara lelaki lebih cenderung mengambil jalan mudah kerana menyifatkan rejim penjagaan wajah adalah melecehkan.

Tanpa disedari, sikap sambil lewa boleh menjejaskan kulit wajah pada jangka masa panjang.

Justeru, di sini terdapat empat tip yang boleh diamalkan bagi memastikan kondisi kulit wajah kekal sihat dan anjal.

1) Pelindung ultra violet

Sebelum melakukan sebarang tugasan di luar rumah pastikan kulit wajah dilapisi dengan olesen krim pelindung matahari untuk melindungi kulit daripada sinaran radiasi ultraviolet (UV).

Tabiat tidak menyapu krim pelindung UV boleh mengakibatkan pigmentasi dan masalah kulit terbakar termasuk mempercepatkan kadar penuaan.

2) Krim pelembap

Selain krim pelindung matahari, lelaki juga disarankan memakai krim pelembap yang bersesuaian dengan jenis kulit wajah.

Ia bertujuan untuk mengekalkan kelembapan dan membekalkan vitamin pada kulit wajah supaya kelihatan segar dan sihat.

3) Kerap bercukur menyebabkan iritasi

Bagi lelaki yang gemar memiliki sedikit bulu pada bahagian muka, kemaskan ia dengan menggunakan pencukur secara berkala.

Jangan terlalu kerap membuang bulu pada muka kerana tindakan tersebut boleh menyebabkan iritasi dan kegatalan.

4) Bersihkan bulu hidung

Selain bulu pada muka aspek kebersihan bulu kening dan bulu hidung juga wajar dititiberatkan bagi mengelakkan ketidakselesaan kepada individu sekeliling.

Memadai kemaskan bulu kening agar tidak tampak serabut dan jangan sesekali mencukurnya sehingga hilang bentuk aslinya. Lagipun tidak sesuai lelaki cukur kening!



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Usah mengeluh, ada cara betul yang boleh dijadikan panduan
Next: Jakim cadang Malaysia #QuranHour sebagai aktiviti sambutan merdeka

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.