Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Kenapa pentingnya baca doa ketika keluar rumah?
  • ATTRACTION

Kenapa pentingnya baca doa ketika keluar rumah?

Helmi Aziz May 16, 2019 2 minutes read
314733.jpg

BERAPA ramai di antara kita yang selalu berdoa apabila kita keluar rumah untuk ke tempat kerja atau ke mana-mana sahaja destinasi?

Jawapannya hanya ada pada diri kita sendiri.

Ramai yang menganggap dengan hanya mengucapkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ sahaja sudah memadai.

Sebenarnya, berdoa apabila kita hendak keluar rumah itu adalah salah satu sunah Rasulullah SAW.

Apabila kita keluar dari rumah, tiada sesiapa yang akan tahu apakah yang akan berlaku di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi yang hendak dituju.

Maka, Rasulullah SAW mengajarkan kita satu doa apabila hendak keluar rumah:

“Ya ALLAH, aku berlindung dengan-Mu daripada menyesatkan atau disesatkan, daripada menggelincirkan atau digelincirkan, daripada menganiaya atau dianiayai, daripada memperbodoh atau diperbodohkan (oleh orang lain)” -Ashab al-Sunan

Sekurang-kurangnya apabila kita membaca doa, ALLAH SWT akan memberikan perlindungan daripada sebarang bahaya, halangan dan sebagainya.

Mungkin apabila kita tidak membaca doa, ia menyebabkan ia menjadi halangan apabila kita menuju ke suatu tempat.

Rasulullah SAW bersabda: “Jika seseorang keluar daripada rumahnya lalu membaca (zikir) ‘Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwata illa billah’ yang bermaksud, ‘Dengan nama ALLAH, aku berserah diri kepada-Nya dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya,” maka, malaikat akan berkata kepadanya…'(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh ALLAH) dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (daripada semua keburukan)…sehingga syaitan-syaitan tidak akan menghampiri dan syaitan-syaitan itu berkata kepada syaitan-syaitan lain, ‘Bagaimana (mungkin) kamu dapat (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan diberi perlindungan oleh ALLAH SWT?'” (Riwayat Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban)

Begitu besarnya kelebihan apabila kita membaca doa sebelum keluar rumah.

ALLAH akan menghantar malaikat untuk memberi perlindungan terhadap rumah tangga dan keluarga kita.

Apabila bermusafir, kita akan sentiasa dijaga oleh malaikat sehingga kembali semula ke rumah.

Marilah sama-sama kita jadikan doa sebagai amalan ketika hendak keluar rumah.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Warna baharu untuk Jazz, City dan CR-VRed PearlPassion
Next: BMW Malaysia perkenal varian baharu 5 Series

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.