Kenali keunikan Masjid Negeri Pulau Pinang

Kenali keunikan Masjid Negeri Pulau Pinang

  • April 8, 2019
  • 0 comments

JIKA anda ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah solat di Masjid Negeri Pulau Pinang yang terletak di persimpangan Jalan Air Itam dan Jalan Masjid Negeri.

Masjid yang diilhamkan Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu dibangunkan di atas tanah seluas 11 ekar.

Upacara pecah tanah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Sardon Jubir pada 12 Januari 1976.

Keunikan masjid ini terletak pada menaranya yang dibina setinggi 170 kaki.

Menara ini mempunyai lima tiang melangit yang melambangkan Rukun Islam.

Ia hasil sentuhan Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang yang mereka bentuk masjid berkenaan.

Rumah ALLAH ini dirasmikan pada 29 Ogos 1980 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge