KEMBARA HALAL EROPAH

KEMBARA HALAL EROPAH

MALAYSIA, Mood Travel memperkenalkan dan melancarkan program Kembara Halal Eropah kepada agensi-agensi pelancongan yang berdaftar di bawah BUMITRA MALAYSIA serta kerjasama dari syarikat penerbangan Etihad Airways dan Oman Air.

Untuk pengembara terutama yang muslim yang berkeinginan untuk melancong ke Eropah, kini anda dapat mengembara dengan tenang dengan Kembara Halal Eropah. Kembara Halal Eropah adalah sebuah inisiatif di bawah Mood Travel. Ianya merupakan satu program yang memperkenalkan pakej SIC (Seat-in-Coach 2 pax to go) ke Eropah kepada agensi pelancongan di Malaysia.

Ianya membuka peluang kepada agensi pelancongan di Malaysia untuk meluaskan perkhidmatan pelancongan yang sedia ada dan seterusnya dapat meningkatkan jualan syarikat.

Antara perkhidmatan yang disediakan ialah :

  • Pengangkutan – Bas yang dilengkapi dengan tandas dan mempunyai 65 tempat duduk pasti menjamin suasana yang selesa serta tempat duduk yang luas. Pemandu bas sepanjang aktivti berlangsung juga merupakan warga tempatan yang berlesen dan mesra pelanggan.
  • Makanan Halal – Makanan semasa melancong adalah pasti halal, bersih dan menepati selera Malaysia.
  • Pemandu Pelancong – Pemandu pelancong merupakan warganegara Malaysia yang fasih berbahasa melayu dan inggeris. Pemandu pelancong yang juga berpengalaman mengendalikan lebih 40+ perjalanan di Eropah tidak akan menjadi masalah buat pelancong untuk berkomunikasi sepanjang trip berlangsung.
  • Penginapan – Hotel yang disediakan bertaraf 3-4 bintang untuk keselesaan dan kepuasan pelancong serta hotel yang disediakan juga mesra muslim.
  • Solat – Sentiasa memastikan pelancong solat diawal waktu dan tazkirah akan diberikan pada waktu yang bersesuaian sepanjang perjalanan dan penjelajahan ke Eropah.
  • Membeli Belah –Pilihan membeli belah dan waktu untuk membeli tidak terhad. Pelancong akan pasti dapat membeli belah sepuas hati untuk dibawa pulang sebagai kenangan.

Kembara Halal Eropah menawarkan harga berpatutan dengan servis perkhidmatan yang tidak akan mengecewakan! Bukan itu sahaja, agensi pelancongan juga ditawarkan komisyen mencecah sehingga RM6000! Disamping itu, agensi pelancongan akan diberikan sokongan teknikal sepanjang menyertai program ini!

Ketua Pengarah Eksekutif Mood Travel, Tuan Muhammad Arif Atiq Suzaili turut berkata :

“Saya percaya, dengan kepakaran yang ada serta lebih 10 tahun di Eropah, program Kembara Halal Eropah mampu menguruskan agensi pelancongan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik dan selamat buat semua.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *