Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Keikhlasan memburu nikmat al-Quran
  • ATTRACTION

Keikhlasan memburu nikmat al-Quran

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
1558379218_292377.JPG
SHAH ALAM – Kenikmatan dan kelazatan al-Quran hanya akan dapat dirasai oleh umat Islam yang benar-benar ikhlas mendekati dan mempelajari kitab suci itu.

Pendakwah Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, tiada yang mampu menggambarkan kelebihan tersebut melainkan bagi umat Islam yang merasainya sendiri.

“Perkara pertama yang penting bagi memastikan seseorang itu sentiasa tertarik kepada al-Quran adalah niat yang betul di mana seseorang itu sentiasa meletakkan ALLAH SWT sebagai sebab utamanya kerana dari situlah timbul nikmat yang tidak terhingga.

“Walaupun kita cuma baca atau belajar sedikit tentang al-Quran, tapi apabila kita berniat kerana ALLAH SWT, maka akan timbul rasa nikmat yang kita sendiri tidak boleh gambarkan melainkan individu yang merasainya,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Wan Akashah Wan Abdul Hamid

Wan Akashah Wan Abdul Hamid

Pada masa sama, beliau mencadangkan agar umat Islam yang berhasrat mempelajari al-Quran perlulah menuntut daripada guru-guru yang mursyid dan ikhlas mengajar supaya kelebihan itu dapat dinikmati.

“Keikhlasan ini penting dalam mempelajari al-Quran kerana ia lebih mudah sampai ke hati bukan kerana sebab yang lain.

“Berjumpalah dengan guru-guru mursyid yang ikhlas kerana ALLAH SWT.

“Bila yang mengajar dan yang belajar memasang niat kerana ALLAH SWT, insya-ALLAH semuanya dipermudahkan dan banyak kelebihan yang akan diperolehkan,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut berpandangan penganjuran World #QuranHour sebagai satu usaha yang baik bagi mengembalikan hala tuju umat Islam kepada penghayatan al-Quran.

“Saya amat menyokong usaha ini dan bagi saya ia juga perlu mendapat sokongan daripada pelbagai pihak kerana ia sebagai galakan kepada umat Islam untuk terus menyayangi dan mendekati al-Quran.

“Kalau boleh ia bukan hanya dilaksanakan sebagai acara tahunan, tapi secara harian atau mingguan apabila semua umat Islam boleh ambil kesempatan meluangkan masa membaca al-Quran,” katanya.

19 Jun 2017 Malaysia  #QURANHOUR Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

19 Jun 2017 Malaysia #QURANHOUR Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah

Menyentuh mengenai konsep yang ditekankan iaitu baca, faham dan amal al-Quran, beliau berkata sekiranya misi dan visi itu tercapai, maka ia akan mengembalikan penghayatan al-Quran kepada umat Islam.

“Konsep yang ditekankan ini sangat baik dan tidak mustahil jika berjaya dilaksanakan, ia mampu memberi impak yang besar kepada kehidupan umat Islam apatah lagi kita juga bakal menyambut Ramadan tidak lama lagi.

“Seterusnya ia juga mampu mengembalikan kegemilangan umat Islam seperti mana pada zaman para sahabat terdahulu,” ujarnya.

Program World #QuranHour anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) bakal menghimpunkan umat Islam sedunia membaca al-Quran secara serentak selama satu jam pada 30 Mei bersamaan 25 Ramadan 1440H di Masjid Sultan Alam Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak, Selangor bermula jam 11 pagi.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Lelaki pendek umur?
Next: Bina kolam renang di rumah dengan Desjoyaux

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.