UBAI BIN KA’AB merupakan antara tokoh yang terawal memeluk agama Islam. Dikenali dengan nama Abu al-Munzir dan Abu al-Tufail, figura ini begitu terkenal sebagai orang yang mencatat dan menyusun al-Quran pada zaman Rasulullah SAW. Daripada Qatadah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Anas bin Malik: “Siapa yang mengumpulkan al-Quran pada zaman Nabi?” Anas menjawab: “Ada empat orang. Semuanya dalam kalangan Ansar; Ubai bin Ka’ab, Muaz bin Jabal, Zaid bin Thabit dan Abu Zaid RA.” (Riwayat al-Bukhari) Malah, kehebatan Ubai dalam bacaan al-Quran turut diperakui oleh Rasulullah SAW. Baginda menyatakan bahawa Ubai RA adalah orang yang paling fasih dalam bacaan al-Quran berbanding individu-individu lain. Selain itu, nama Ubai bin Ka’ab turut disebut oleh ALLAH SWT sebagaimana dalam hadis: Anas berkata, Nabi SAW berkata kepada Ubai: “Sesungguhnya ALLAH memerintahkan kepadaku untuk mengajarimu al-Quran.” Ubai bertanya: “Apakah ALLAH menyebut namaku kepadamu?” Nabi SAW menjawab: “Ya.” Ubai bertanya kembali: “Dan aku disebut di sisi ALLAH Pencipta alam semesta?” Nabi SAW menjawab: “Ya.” Mendengar hal itu, mata Ubai mengalirkan air mata, menangis. (Riwayat al-Bukhari) Menurut pendapat yang masyhur, Ubai bin Ka’ab wafat pada zamah Khalifah Umar al-Khattab RA iaitu tahun 20 Hijriah di Madinah. (Sumber: Mustafar Mohd Suki) Sumber Post navigation Dua syarikat disenarai pendek teraju projek kereta nasional ketiga Obses mengumpul Kamen Rider