JELAJAH ALBUM AMIR MASDI BERJAYA: SUASANA TERKINI DI MALAYSIA

JELAJAH ALBUM AMIR MASDI BERJAYA: SUASANA TERKINI DI MALAYSIA

Spektakuler! Amir Masdi Memukau Peminat dengan Showcase Jelajah Album di Hard Rock Café, Melaka pada 15 September yang lalu.

Lebih menggembirakan lagi, acara tersebut menyaksikan kehadiran 600 peminat dari seluruh negeri, yang hadir dengan harapan besar dan pulang dengan kepuasan tak terhingga.

Paling penting, Amir, yang berusia 27 tahun dan nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi, tidak mengecewakan peminatnya dengan memberikan persembahan ‘A Class’ yang mengagumkan. Beliau membawakan 21 lagu, termasuk lagu-lagu dari album Amir Masdi, single-single lama, dan beberapa lagu popular penyanyi lain.

Sungguh menarik dan mengasyikkan, acara ini telah mencipta kenangan berharga untuk semua yang hadir. Kami mengundang anda untuk turut serta dalam konsert yang bakal berlangsung tidak lama lagi, di mana anda juga boleh menyertai pengalaman hebat ini.

“Untuk ‘album tour’ ini memang menjadi impian saya. Kalau ada album sahaja saya belum betul-betul puas, tapi peluang keemasan ini hadir tepat pada waktunya. Saya sangat gembira dan bersyukur apabila dapat menjayakan projek ini di lokasi pertama di Hard Rock Cafe, Melaka.

“Apa boleh dikatakan, penonton yang hadir pada persembahan siri jelajah album Amir Masdi memang hebat. Tanpa sokongan mereka, mustahil untuk saya berjaya berada atas pentas itu seterusnya menghiburkan mereka semua.

“Tidak dinafikan ‘crowd’ pada malam itu sangat ‘sporting’. Walaupun ada lagu baharu daripada album, tapi mereka tetap menyanyi bersama. Semangat mereka itu menjadi aura untuk saya terus memberikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya.

Pada persembahan selama dua jam itu, Amir diiringi lima pemuzik berpengalaman.

Berita gembira buat peminat Amir Masdi apabila siri jelajah album itu bakal diteruskan di beberapa lokasi lain di seluruh negara tidak lama lagi.

Selepas kejayaan persembahan di lokasi pertama Hard Rock Café, Melaka, seterusnya Amir akan berada di Wilayah Persekutuan Labuan. Maklumat lengkap persembahan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“Ini adalah projek yang bangus sebab saya dapat berjumpa dengan peminat dari pelbagai negeri di Malaysia. Dalam perancangan, kami mahu jayakan di sebanyak lokasi yang mampu. Kalau boleh memang nak buat di setiap negeri, tapi itu akan diuruskan kemudian. Jadi, nantikan pengumuman dari sesame ke semasa,” katanya.

Menariknya, Amir adalah artis pertama yang membuat persembahan di Hard Rock Café Melaka bersempena ulang tahun ke-10 mereka.

“Pihak Hard Rock Cafe juga ada umumkan satu perkara yang istimewa untuk ‘album tour’ saya ini. Saya adalah artis pertama yang membuat persembahan pada hari ulang tahun ke-10 mereka. Apabila dapat tahu saya terkejut sebab bukan senang untuk menyanyi di Hard Rock apatah lagi mengadakan ‘showcase’ di situ,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *