Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Jauhi arak, tipu daya syaitan
  • ATTRACTION

Jauhi arak, tipu daya syaitan

Helmi Aziz February 3, 2019 2 minutes read
133720.jpg

SHAH ALAM – Islam melarang keras perbuatan meminum arak dengan ancaman hukuman berat demi memelihara akal dan kemaslahatan masyarakat.

Dalam teks Khutbah Jumaat terbitan Unit Khutbah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) semalam, khatib mengingatkan, peminum arak yang disabitkan kesalahan akan dikenakan sebatan hudud sebanyak 40 kali.

“Selain itu, ibadah orang yang meminum arak tidak diterima ALLAH. Bahkan, peminum arak tidak akan merasai kelazatan arak di syurga yang lebih lazat dan tidak memabukkan,” memetik khutbah berkenaan.

Malangnya masih ada lagi orang yang menganggap bahawa arak adalah minuman yang berprestij tinggi dan sebagai satu kebanggaan kerana terpengaruh dengan budaya luar.

Ada pula yang mempercayai arak sebagai sumber yang menguntungkan.

Justeru khatib mengingatkan, semua itu merupakan tipu daya syaitan yang mahu menyesat dan merosakkan umat Islam.

“Oleh itu, kita hendaklah sedar bahawa masih banyak sumber rezeki yang halal telah disediakan ALLAH SWT di muka bumi ini. Jangan kita lupa yang hasil pendapatan dari perniagaan arak hanya akan menghilangkan keberkatan daripada rezeki kita itu.

“Sesungguhnya, orang yang meninggalkan perkara yang dilarang ALLAH, akan dijanjikan rezeki dan jalan keluar bagi segala masalahnya,” katanya.

Ibu segala maksiat

Arak antara larangan wajib dipatuhi orang Islam kerana ia menyebabkan sesiapa yang meminumnya mabuk dan hilang pertimbangan.

Khutbah tersebut menjelaskan, apabila akal tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mengawal pergerakan dan perbuatan manusia, maka ia sangat terdedah kepada perlakuan negatif serta buruk.

Kerana itulah, arak disebut sebagai ibu segala maksiat.

Berdasarkan beberapa kajian, keburukan meminum arak telah terbukti antaranya;

Pertama: Kajian menunjukkan, terdapat hubung kait ketara antara ketagihan arak oleh suami atau isteri yang mengakibatkan keganasan rumahtangga terhadap pasangan masing-masing.

Kedua: Kajian juga menunjukkan, kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol telah menyumbang kepada banyak kes kemalangan maut.

Ketiga: Dalam kes berlaku pada September 2018 lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seramai 19 individu maut selepas meminum arak yang mengandungi metanol, manakala 23 lain masih dirawat di hospital termasuk 14 daripadanya dalam keadaan kritikal.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Mitec raih pengiktirafan
Next: Siti Nurhaliza kembali jadi duta Vivo?

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.