Jadikan istighfar sebagai amalan harian

Jadikan istighfar sebagai amalan harian

UMAT Islam digalakkan untuk memperbanyakkan bacaan istighfar kepada ALLAH SWT dan menjadikannya sebagai amalan seharian.

Istighfar secara umumnya ialah memohon keampunan kepada ALLAH SWT selaku hamba kepada pencipta-Nya.

Nabi SAW beristighfar paling kurang 70 hingga 100 kali sehari.

Ini sebagaimana disebutkan dalam hadis baginda SAW: “Demi ALLAH, sesungguhnya aku benar-benar memohon ampun kepada ALLAH dan bertaubat kepada-Nya setiap hari lebih dari tujuh pulih kali.” (Riwayat al-Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: “Wahai manusia bertaubatlah kamu kepada ALLAH dan mintalah ampun kepada-Nya, kerana sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak seratus kali.” (Riwayat Muslim)

Meskipun istighfar Rejab dan fadilat yang dilakukan khusus pada bulan Rejab tidak ditemui daripada mana-mana kitab hadis yang muktabar, namun umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar.

Semoga ALLAH SWT mengampunkan dosa-dosa kita dan memberi kita kekuatan dalam beramal.

(Sumber: Al-Kafi #529: Kelebihan Istighfar Rejab, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *