Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Jadikan apa yang dimiliki di dunia sebagai jambatan menuju akhirat
  • ATTRACTION

Jadikan apa yang dimiliki di dunia sebagai jambatan menuju akhirat

Helmi Aziz May 21, 2019 2 minutes read
1556530839_281467.jpg

JIKA ditanya siapa yang mahu menjadi kaya, rasanya tiada sesiapa yang akan menjawab tidak.

Ya, Islam sememangnya tidak melarang umatnya mencari kekayaan tetapi biarlah berpada-pada dan tidak meninggalkan agama.

Bahkan, kita selalu diingatkan agar tidak terlalu mengejar duniawi sehingga mengabaikan ukhrawi.

Rasulullah SAW bersabda: “Dunia ini rumah bagi orang yang tidak mempunyai rumah di akhirat dan harta orang yang tidak berharta di akhirat dan yang mengumpulnya (keduniaan) hanya mereka yang tidak berakal.” (Riwayat Imam Ahmad)

Apabila dikatakan dunia ini ibarat rumah bagi mereka yang tiada rumah di akhirat kelak, ia sebenarnya merupakan satu sindiran kepada kita yang terlalu sibuk dengan mencari hal-hal keduniaan.

Sedar atau tidak, akibatnya, kita secara perlahan-lahan akan meninggalkan akhirat jauh di belakang.

Perbuatan ini seolah-olah menzalimi diri sendiri.

Ingatlah, kemewahan di dunia tidak akan kita bawa bersama tatkala tubuh dimasukkan ke liang lahad.

Bekalan akhirat itu lebih utama berbanding perkara dunia.

Tidak salah mencari kekayaan tetapi, ALLAH SWT akan marah jika kita tinggalkan akhirat untuk dunia.

Bukankah Rasulullah juga pernah berpesan kepada kita iaitu apabila akhirat dikejar, maka, dengan sendirinya urusan dunia akan datang tanpa ada kurangnya?

Apalah gunanya kalau kita berusaha bermati-matian di dunia namun, ketika di akhirat, ‘akaun’ kita sifar.

Jadikanlah apa yang kita miliki di dunia ini sebagai jambatan menuju ke akhirat.

Insya-ALLAH jika kita niatkan tujuan hidup untuk mencari bahagia di akhirat, maka, ALLAH tanpa ‘ragu-ragu’ akan memberkati hidup kita.

Bahkan, ALLAH juga akan menjadikan kita jutawan di dunia dan di akhirat.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Shell lancar rangkaian Rimula Light Duty
Next: Kafein… ada baik buruknya

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.