Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Inovasi pendingin hawa AR9500M jimat elektrik
  • ATTRACTION

Inovasi pendingin hawa AR9500M jimat elektrik

Helmi Aziz November 15, 2019 3 minutes read
484785.jpg

TIDAK tahan dengan suhu panas membahang walaupun di dalam rumah? Samsung Electronics Malaysia (Samsung) ada penyelesaiannya.

Mengapa e-Trend berkata demikian? Ini kerana anak syarikat Samsung Group memperkenalkan inovasi pendingin hawa terbaharu, AR9500M yang lebih canggih dan menjimatkan elektrik.

Menurut Ketua Perniagaan Elektronik dan Kepenggunaan Samsung Malaysia Electronics, Jimmy Tan, inovasi AR9500M itu memberikan pelanggan satu penyelesaian yang ideal dalam mengekalkan bilik yang selesa.

“Dikuasakan dengan teknologi Cool-Free Cooling yang berupaya untuk melepaskan udara sejuk dengan menggunakan mod Fast Cooling melalui 21,000 lubang udara mikro sekali gus menurunkan suhu bilik dengan pantas.

“Dengan hanya menggunakan dua langkah mudah sahaja, sistem penyejukan itu secara automatik boleh bertukar kepada mod Wind-Free Cooling yang mencipta udara sejuk yang kekal selesa tanpa aliran udara tidak menyenangkan,” katanya sempena pelancaran produk itu di ibu kota baru-baru ini.

Ujarnya lagi, pendekatan canggih itu boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik hingga 72 peratus berbanding mod Fast Cooling menjadikan ia satu pencapaian inovasi cukup membanggakan.

“Menyedari ketidakselesaan suhu panas yang mampu menjejaskan kesihatan fizikal dan mental, Samsung berusaha untuk membawa satu pembaharuan buat rakyat Malaysia dengan penyelesaian berinovatif melalui teknologi Wind-Free,” katanya.

MODEL pendingin hawa keluaran Samsung lebih canggih dan menjimatkan elektrik.

MODEL pendingin hawa keluaran Samsung lebih canggih dan menjimatkan elektrik.

Teknologi digital 8-Pole Inventer

Seiring dengan keperluan penjimatan tenaga, AR9500M yang menggunakan teknologi digital 8-Pole Inverter dengan inovasi POWERboost itu berupaya mengurangkan keseluruhan tenaga yang digunakan selain memendekkan masa untuk pemampat mencapai kelajuan maksimum (Hertz).

Teknologi digital 8-Pole Inverter yang pertama diperkenalkan di dunia itu membolehkan produk pendingin hawa keluaran Samsung menggunakan hanya 32 peratus tenaga sahaja dengan lebih efisien dan tahan lama.

ANEKDOT

SPESIFIKASI lain AR9500M:

  • Reka bentuk arkitektur segi tiga yang unik membolehkan lebih banyak udara ditarik dengan kapasiti kipas dengan saiz 22 peratus lebih besar berbanding model terdahulu.
  • Ciri penyejukan yang pantas sehingga 43 peratus lebih cepat selain memastikan udara disejukkan menjangkau setiap sudut bilik.
  • Hanya dengan wifi, AR9500M boleh dikawal melalui aplikasi pintar Samsung untuk mengawal suhu secara jauh, menyesuaikan tetapan, kemas kini mengenai prestasi penghawa dingin dan penggunaan tenaga harian.
  • Samsung mempunyai kempen promosi A Cooling Revolution bermula sehingga 31 Disember nanti dengan pakej perlindungan jaminan di kedai jenama terpilih.
  • Pakej perlindungan jaminan yang dipertingkatkan termasuk waranti dua tahun penuh dan perlindungan kompresor selama 10 tahun.
  • Sempena sambutan Samsung Gemilang juga, pembelian Air Conditioner Samsung Wind-Free pelanggan akan diberikan hak pemasangan percuma (bernilai RM310) dan hadiah percuma (Dry Iron bernilai RM63.90 atau Thermocafe 0.5ml bernilai RM88).
  • Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen promosi ‘A Cooling Revolution’ Samsung, layari, www.samsung.com/my/offer/brandshopexclusive-air-conditioners.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Watsons kempen kesan awal kanser payudara
Next: Roh tergantung jika hutang tidak dibayar

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.