Imarahkan al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal

Imarahkan al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal

 Seramai 450 kariah menyertai World #QuranHour & Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, pada 13 April 2023.

Seramai 450 kariah menyertai World #QuranHour & Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, pada 13 April 2023.

SHAH ALAM – Seramai 450 kariah menyertai World #QuranHour & Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, pada 13 April 2023.

Pengerusi Masjid Muadz Bin Jabal, Datuk Seri Zakaria Sulong berkata, pihak masjid mengadakan program tersebut selari dengan hasrat penganjuran World #QuranHour “Surah Al-Insan: Memanusiakan Ummah” untuk berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal.

“Sesi dimulakan dengan bacaan Surah Al-Insan yang dibimbing oleh Ketua Imam, Ustaz Muhammad Husaini Harun, dan diikuti sesi tadabbur yang disampaikan oleh Dr Khairul Anwar Mohamad dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

“Program World #QuranHour serentak Majlis Khatam Al-Quran dianjurkan kali ketiga. Bilangan peserta dari tahun ke tahun semakin bertambah. Selain jemaah lama yang datang setiap waktu, kini ada penambahan jemaah baru yang terdiri daripada golongan muda.

Peserta tadarus pada tahun ini mencecah seramai 110 orang yang hadir. Merely menerima cenderahati berupa wang tunai dan rehal premium bagi menyuntik semangat peserta tadarus supaya lebih mencintai Al-Quran dalam kehidupan.

Tambah beliau, pihak masjid melalui Biro Dakwah & Pendidikan menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menarik minat kariah ke masjid. Antaranya, aktiviti baca al-Quran melalui tadarus dan faham dengan bertadabbur selepas solat Subuh pada hari Isnin hingga Jumaat.

Manakala aktiviti beramal dengan al-Quran diterjemahkan melalui program kemasyarakatan dan bantuan asnaf.

Selain itu, terdapat inisiatif dakwah kepada saudara baru dengan kerjasama Hidayah Centre Foundation, dakwah jalanan dan hari terbuka sempena Tahun Baharu Cina di masjid bagi mendekati golongan bukan Islam.

Sumber