Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Hospital pakar, hotel bakal dibangunkan di atas tanah wakaf
  • ACTIVITY

Hospital pakar, hotel bakal dibangunkan di atas tanah wakaf

Helmi Aziz June 20, 2019 3 minutes read
361073.JPG

JOHOR BAHRU – Sebuah hospital pakar bakal dibangunkan di atas tanah wakaf milik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) seluas 5.41 ekar di Bandar Baru Uda di sini.

Projek pembangunan yang turut melibatkan pembinaan hotel berkonsepkan ‘medical tourism’ itu akan dilaksanakan oleh Kencana Healthcare Sdn Bhd.

Pengerusi Eksekutif Kencana Healthcare Sdn Bhd, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar berkata, pihaknya membuat pelaburan di atas tanah wakaf tersebut dengan kerjasama MAINJ menerusi Perbadanan Islam Johor (PIJ).

Menurutnya, beliau percaya projek dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2022 itu bakal memberikan impak yang tinggi dalam jangka masa panjang.

“Projek pembangunan ini terdiri daripada hospital 306 katil yang akan diurustadbir oleh sebuah syarikat terkemuka dalam bidang kardiologi di dalam negara.

“Kemudian, hotel bertaraf empat bintang dengan kemudahan 154 bilik selain dewan bankuet, pusat latihan dan kolam renang ini akan diurustadbir oleh Avillon Berhad,” katanya ketika ditemui di tapak projek tersebut di Jalan Tahana, Bandar Baru Uda di sini hari ini.

Turut hadir, Pengurus Besar PIJ, Abdul Rashid A Rahman.

Ahmad Raziff berkata, pembangunan yang bakal menyediakan ruang tempat letak kenderaan sebanyak 1,184 buah itu membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM640 juta.

Katanya, projek pembinaan yang telah bermula itu bakal memberi pulangan dalam tiga bentuk iaitu sewaan atau gunapakai tanah dan ekuiti kepada MAINJ dan PIJ serta subsidi atau hibah untuk golongan sasaran iaitu asnaf dalam bentuk kad insurans takaful perubatan.

“Jumlah keseluruhan kita akan pulangkan balik dianggarkan lebih kurang RM945 juta bagi tempoh 60 tahun pajakan. Projek ini, kita diberikan pajakan selama 98 tahun.

“Maknanya lepas 60 tahun, kita akan pulangkan balik kepada pihak PIJ dan MAINJ. (Kemudian) terpulang kepada PIJ dan MAINJ sekiranya kita diberikan peluang untuk buat ‘extension’,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Kencana Healthcare Sdn Bhd, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar menunjukkan replika pembangunan hospital pakar dan hotel yang akan dibina di atas tanah wakaf milik MAINJ kepada Pengurus Besar PIJ, Abdul Rashid A Rahman.

Pengerusi Eksekutif Kencana Healthcare Sdn Bhd, Datuk Ahmad Raziff Abu Bakar menunjukkan replika pembangunan hospital pakar dan hotel yang akan dibina di atas tanah wakaf milik MAINJ kepada Pengurus Besar PIJ, Abdul Rashid A Rahman.

Beliau berkata, hospital pakar dan hotel yang akan mula beroperasi selepas pertengahan tahun 2022 itu dijangkakan bakal memberikan impak besar kepada kawasan setempat khususnya golongan asnaf.

“Ia yang pertama seumpamanya di Malaysia. Komponen utama adalah hospital pakar selain hotel dan ruang niaga. Tidak ada seumpamanya di Malaysia dan ia akan menjadi perintis di negara ini.

“Sekiranya ia berjalan lancar dan beroperasi seperti dirancangkan, kita akan membuat yang sama di negeri lain juga,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata, tanah wakaf tersebut adalah milik MAINJ dan melalui PIJ, pajakan kecil diberikan kepada Kencana Healthcare Sdn Bhd.

“Kami di PIJ sangat menyambut baik kerjasama ini dan kita tahu bahawa ini akan memberi impak yang sangat besar dan imej yang baik kepada pengurusan tanah wakaf.

“Dan kita tahu untuk hospital wakaf di Malaysia ini, saya rasa ini adalah perintis dan diharap mendapat kerjasama daripada semua pihak (bagi menjayakan ia),” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: MEA adakan konsultasi berkaitan gagasan kemakmuran bersama
Next: Didik permata hati jadi hafiz, hafizah

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.