Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ringgit dibuka mengukuh 0.35 peratus berbanding dolar AS
  • ACTIVITY

Ringgit dibuka mengukuh 0.35 peratus berbanding dolar AS

Helmi Aziz June 20, 2019 2 minutes read
361138.jpg

RINGGIT dibuka 0.35 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS, seiring dengan prestasi mata wang serantau lain selepas pihak Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) bertindak mengekalkan kadar faedahnya, semalam.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit berada pada 4.1575/1605 berbanding dolar AS daripada 4.1720/1750 sewaktu ditutup pada Rabu.

Dalam pada itu, Ambank menerusi laporan ekonomi yang dikeluarkan hari ini berkata walaupun pihak Fed menangguhkan keputusan mengenai kadar faedah itu, namun ia masih terbuka kepada kemungkinan mengurangkan kadar itu pada akhir tahun ini.

“Pihak Fed berkemungkinan akan bertindak menurunkan kadar tersebut seawal Julai ini, didorong oleh tiga faktor utama iaitu inflasi, pertumbuhan dan dan prospek ekonomi,” katanya.

Semalam, Fed dalam mesyuarat dasar selama dua hari, mengumumkan untuk mengekalkan kadar faedah itu pada sekitar 2.25 peratus dan 2.5 peratus, namun membayangkan kesediaan mengurangkan kadar tersebut sekiranya aspek ketidaktentuan serta prospek ekonomi terus suram.

Sementara itu, seorang peniaga berkata ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China itu sebaliknya hanya meningkatkan sentimen pelabur dengan beberapa syarikat multinasional menyatakan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai lokasi pengeluarannya.

“Ini ternyata merangsang pengukuhan ringgit pada masa ini. Malah, didorong oleh dasar ekonomi dan insentif bagi menarik pelaburan langsung, ringgit dilihat mempunyai peluang cerah untuk mengukuh berbanding dolar AS dalam dagangan minggu ini,” katanya.

Laporan sebelum ini menyatakan kesediaan Apple Inc yang juga gergasi teknologi AS bersedia memindahkan kapasiti pengeluarannya ke Asia Tenggara yang menjadi sebahagian daripada usaha penyusunan semula rantaian bekalan sedia ada syarikat itu.

Sementara itu, ringgit lebih rendah berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit susut kepada 5.2705/2747 daripada 5.2459/2505 berbanding pound Britain semalam dan jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0543/0576 daripada 3.0508/0535, sebelum ini.

Ia turut rendah rendah berbanding yen pada paras 3.8621/8659 daripada 3.8476/8515 manakala berbanding euro, ringgit susut kepada 4.6797/6847 daripada 4.6731/6781, semalam.- Bernama



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Sedekah bukan dengan harta semata-mata
Next: Bingkisan istimewa buat bapa

Related Stories

The Launch of Malaysia’s First Stockbroking Concept Store by M+ Global_3
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Ceremony
  • Competition
  • Launching

M+Global Introduces Innovative Stockbroking Concept Store to Boost Malaysians’ Financial Knowledge

Helmi Aziz September 25, 2025
WhatsApp Image 2025-09-18 at 12.40.32
  • ACTIVITY
  • ATTRACTION
  • Collabration
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event

ASWARA & Neo Gendang Records Lancar Jelajah Universiti Pistol & Bunga

Helmi Aziz September 19, 2025
Photo 2 (1)
  • ACTIVITY
  • Business
  • Campaign
  • Celebration
  • Collabration
  • Food
  • News

MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Helmi Aziz September 19, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.