HONOR Malaysia terus membawakan kejutan menarik buat peminat setianya apabila HONOR Pad X9a versi LTE sah mula dijual bermula 25 April 2025! Kini anda boleh menikmati sambungan LTE tanpa batas membalas mesej, menjawab panggilan, dan menonton kandungan kegemaran di mana-mana dan bila-bila masa, semuanya dari sebuah tablet serba canggih.
Dengan harga hanya RM1,299, HONOR Pad X9a LTE bukan sekadar tablet biasa. Ia tampil bergaya dalam warna Grey, lengkap dengan RAM 16GB (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) dan storan 256GB, sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi mantap tanpa kompromi. Bagi pengguna bajet sederhana, varian WiFi turut ditawarkan pada RM999 dengan storan 128GB, tetapi masih mengekalkan spesifikasi memori yang sama.
Lebih menarik, setiap pembelian HONOR Pad X9a – sama ada LTE atau WiFi – didatangkan dengan papan kekunci Bluetooth dan pensel PERCUMA bernilai RM598, bersama langganan VIP iQIYI selama 3 bulan! Ini menjadikannya tawaran terbaik dalam kelasnya untuk pengguna yang mencari hiburan, produktiviti dan nilai hebat dalam satu pakej.
HONOR Pad X9a versi LTE direka untuk pengguna aktif yang perlukan akses tanpa henti. Tidak perlu lagi bergantung pada WiFi atau hotspot yang tidak stabil. Sama ada dalam perjalanan, di kafe, atau lokasi terpencil, tablet ini menjamin sambungan internet yang pantas dan boleh dipercayai untuk strim, bekerja, dan berkomunikasi.
Dilengkapi dengan skrin HONOR FullView 2.5K bersaiz 11.5 inci, paparan tablet ini sungguh mengasyikkan dengan warna terang dan kejelasan tinggi. Untuk keselesaan mata, ia menyokong teknologi Skrin Pemalapan Dinamik, Paparan Malam Sirkadia, Cahaya Biru Rendah, dan Bebas Kerdipan, serta diiktiraf oleh TÜV Rheinland.
HONOR Pad X9a membawakan bateri besar 8300mAh yang menyokong sehingga 11.7 jam penstriman iQIYI cukup untuk ‘binge-watch’ satu musim drama tanpa gangguan. Dengan pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge, anda tidak perlu menunggu lama untuk kembali menonton. Tambahan pula, sistem audio dengan empat pembesar suara surround dan kelantangan 200% lebih kuat menjanjikan pengalaman tontonan lebih mengasyikkan.
Tablet ini bukan sahaja untuk hiburan, malah sesuai untuk kerja dan pembelajaran. Papan kekunci Bluetooth memberikan pengalaman menaip seperti laptop, manakala pensel pintar dengan fungsi penolakan tapak tangan dan butang pemadam menjadikan ia alat yang sempurna untuk pelajar, pereka dan pencatat nota tegar.
Dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 685, HONOR Pad X9a menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar dan responsif merentas pelbagai aplikasi serta tugas harian.
HONOR Pad X9a LTE boleh didapati di HONOR Stores seluruh negara, laman web rasmi HONOR Malaysia, serta platform e-dagang utama seperti Shopee, Lazada, TikTok Shop, dan rakan pengedar rasmi termasuk Senheng, Urban Republic dan Harvey Norman.
Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my atau ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia hari ini!