Hilangkan jerawat dan parut dengan kulit kayu manis !

Hilangkan jerawat dan parut dengan kulit kayu manis !

MUKA berjerawat dan berparut? Ya, ia bisa membuatkan anda hilang keyakinan diri. Jangan risau, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. Gunakan cara tradisional bagi merawat masalah anda. Kulit kayu manis bukan sahaja berfungsi dalam masakan bahkan ia juga boleh digunakan untuk tujuan kecantikan. Namun nak dapat hasil yang mujarab kenalah konsisten. Jom cuba untuk lihat kesannya !

Cara Membuat masker:

  • Campurkan serbuk kulit kayu manis dan air
  • Gaul kedua-duanya hingga sebati.
  • Lulur pada bahagian yang berjerawat atau seluruh wajah
  • Biarkan ia kering (30 minit-40 minit)
  • Bilas dengan air hingga bersih.

# Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan kesan yang terbaik.

Jadikan masker pada bahagian wajah yang berjerawat dan berparut

Jadikan masker pada bahagian wajah yang berjerawat dan berparut



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *