Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • Gaya Hidup
  • Heritage Valley KL melancarkan Bufet Ramadhan Feast dengan harga bermula RM44, menampilkan sajian istimewa Lomak Salai Tampin.
  • Gaya Hidup
  • Makanan
  • Ramadan

Heritage Valley KL melancarkan Bufet Ramadhan Feast dengan harga bermula RM44, menampilkan sajian istimewa Lomak Salai Tampin.

Farihin Azlan February 24, 2026 (Last updated: February 24, 2026) 3 minutes read
Heritage Valley KL melancarkan Bufet Ramadhan Feast dengan harga bermula RM44, menampilkan sajian istimewa Lomak Salai Tampin.

Heritage Valley Kuala Lumpur mencipta kelainan tersendiri apabila mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif bersama Lomak Salai Tampin, jenama masakan tradisional Negeri Sembilan yang cukup sinonim dengan keaslian rasa dan warisan kulinari. Dengan harga bermula serendah RM44, buffet ini menawarkan pengalaman berbuka puasa yang bukan sahaja mengenyangkan, malah sarat dengan elemen nostalgia, menjadikannya antara destinasi berbuka puasa paling dinanti-nantikan di Kuala Lumpur sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Mengangkat tema “kampung di tengah kota”, Ramadhan Feast Buffet menjanjikan suasana berbuka yang hangat dan penuh kemeriahan menerusi dekorasi berinspirasikan desa, ruang makan yang mesra keluarga serta iringan persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana senja Ramadan. Gabungan kepakaran kulinari autentik Negeri Sembilan bersama fasiliti premium Heritage Valley menjadikan kolaborasi ini satu pengalaman unik, khususnya buat warga kota yang merindukan juadah tradisional kampung halaman dalam suasana selesa dan eksklusif.

Antara tarikan utama buffet ini ialah sajian masak lemak Negeri Sembilan yang autentik, dengan hidangan istimewa seperti Daging Salai Masak Lemak dan Siput Sedut Masak Lemak yang dimasak mengikut resipi tradisi. Aroma salai yang harum berpadu dengan kuah santan berlemak dan pedas, sementara tekstur siput sedut yang unik memberikan pengalaman makan yang menyeronokkan dan berbeza. Kedua-dua hidangan ini dihidangkan panas-panas dan paling enak dinikmati bersama nasi putih, menjadikannya sajian warisan yang berjaya memikat selera pengunjung bandar.

Selain menu utama tersebut, pengunjung turut dimanjakan dengan puluhan pilihan hidangan setiap malam, merangkumi juadah tradisional Melayu seperti ayam kampung, satey, aneka kuih kampung dan pencuci mulut klasik. Tidak ketinggalan, pilihan antarabangsa turut disediakan termasuk aneka pasta Itali, soto Betawi dan bakso Indonesia, selain hidangan Barat seperti chicken grill dan chicken chop, menjadikan Ramadhan Feast Buffet ini sesuai untuk seisi keluarga dengan citarasa berbeza.

Ramadhan Feast Buffet ini berlangsung dari 20 Februari hingga 18 Mac 2026, beroperasi setiap hari dari jam 6.00 petang hingga 10.00 malam, dengan harga RM88 untuk dewasa dan RM44 untuk kanak-kanak. Heritage Valley mampu menampung sehingga 300 tetamu pada satu-satu masa, lengkap dengan kemudahan parkir percuma, ruang solat yang luas dan selesa, serta persekitaran berbuka yang kondusif dan mesra keluarga. Bagi menambah kemeriahan suasana Ramadan, Ramadhan Night Market akan berlangsung setiap hujung minggu, menampilkan gerai makanan tradisional dan persembahan muzik busking yang menghidupkan suasana seperti bazar Ramadan sebenar.

Menjelang Syawal pula, Heritage Valley terus menghidupkan semangat perayaan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti Bazaar Raya Poernama Lebaran oleh Poernama Fest, program kacau dodol, aktiviti menganyam ketupat serta pelbagai elemen kampung di tengah kota. Kesemua inisiatif ini diadakan bagi menghidupkan kembali nilai kekeluargaan, kebersamaan dan warisan budaya yang menjadi teras sambutan Ramadan dan Aidilfitri.

Menurut Pengarah Heritage Valley Kuala Lumpur, Idi Iskandar, pihaknya berhasrat menjadikan Heritage Valley sebagai destinasi utama berbuka puasa di ibu negara. “Kami mahu membawa tetamu merasai suasana seolah-olah berbuka di kampung, lengkap dengan juadah tradisi yang semakin jarang dinikmati masyarakat bandar. Menu istimewa Lomak Salai dari Negeri Sembilan menjadi tarikan utama, selain pelbagai hidangan Melayu dan antarabangsa yang kami sediakan. Kami yakin Heritage Valley mampu menawarkan pengalaman berbuka puasa yang berbeza dan bermakna,” katanya.

Dengan jangkaan menarik ribuan pengunjung sepanjang bulan mulia ini, Ramadhan Feast Buffet bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Heritage Valley sebagai hab gaya hidup dan kulinari utama di Kuala Lumpur, malah menjadi platform memperkenalkan semula warisan makanan tradisional kepada generasi muda dalam suasana moden dan selesa. Tempahan kini dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian atau melalui talian yang disediakan.

About the Author

Farihin Azlan

Editor

Visit Website View All Posts

Post navigation

Previous: Lucky Joe kembali memeriahkan Syawal dengan single raya terbaharu, “Senyum Raya”, sekali gus menandakan comeback selepas 13 tahun.
Next: Betul Ke Semua Penyondol Itu Jahat?

Related Stories

vivo dan DOLLA Berganding Bahu untuk Menetapkan Standard Baharu dalam Gaya dan Fotografi Resolusi Tinggi
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Teknologi

vivo V70 FE Berkolaborasi Bersama DOLLA, Tampil Dengan Edisi Fesyen dan Kamera 200MP di Malaysia

Farihin Azlan April 17, 2026
[Kiri ke kanan] Nana Shan Liew, Pengarah Viva Vertical; Kayleen Ortiz, Juara Pole Antarabangsa dan Pengarah Kreatif Polecats Manila; Noah Yap, Pengarah Persembahan dan Artistik Alice Lost in Wonderland;  serta Dr. Soo Wincci, penyanyi, pelakon, usahawan dan ahli akademik Malaysia
  • Acara
  • Gaya Hidup
  • Seni & Budaya

Viva Vertical Sambut Ulang Tahun Ke-20 dengan Kepulangan Viva Circus Festival 2026

Farihin Azlan April 17, 2026
Lagu “Aja Ya” menyaksikan Ara merungkai dan mengenang emosi dalam sebuah hubungan yang tidak terikat.
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Pelancaran Muzik

Lagu “Aja Ya” menyaksikan Ara merungkai dan mengenang emosi dalam sebuah hubungan yang tidak terikat.

Farihin Azlan April 17, 2026

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood
  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi

RSS RSS Feed

  • Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration
  • Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma
  • Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”
  • Bean Here! Kini di KPTM Ipoh, Dekati Generasi Muda di Institusi Pengajian Tinggi
  • 5 Faktor Yang Jadikan “Pewaris Susuk” Antara Filem Paling Diperkatakan

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

PIX 4
  • Community
  • Health & Awareness
  • Lifestyle
  • Sunway Medical Centre
  • Women Health

Before Pregnancy Begins: Steps for a Healthier Start to Motherhood

Farihin Azlan May 7, 2026
  • Artificial Intelligence (AI)
  • ICT
  • News
  • Technology & Innovation
  • Transformasi Digital

Snowflake Enables Secure and Localised Enterprise AI with ILMU Integration

Farihin Azlan May 7, 2026
TRILOGI_MAINKV_NEW (1)
  • Community
  • CONCERT
  • Entertainment
  • Event
  • Lifestyle
  • Music
  • News

Konsert TRILOGI Himpunkan Tiga Vokal Rock Berkarisma

Farihin Azlan May 6, 2026
classicu 2025-10-17 184120.250
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • Music Release
  • News

Weda Mauve: Terjemahan Definisi Cinta Melampaui Bentuk Dalam “WHAT U WANT”

Allya Adriana May 6, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.