Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • ‘Guna teknologi bina harmoni bukan sebar kebencian’
  • ATTRACTION

‘Guna teknologi bina harmoni bukan sebar kebencian’

Helmi Aziz January 29, 2020 2 minutes read
606303.jpg
KUALA LUMPUR – Masyarakat perlu memanfaatkan penggunaan teknologi untuk melakukan kebaikan ke arah membina keharmonian bukannya menyebarkan fitnah atau kebencian.

Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, usaha membina keharmonian sama ada di peringkat nasional atau global bermula daripada didikan dalam keluarga masing-masing.

Justeru, katanya, ibu bapa perlu memainkan peranan menegur sekiranya anak mereka memuat naik kata-kata kesat di media sosial.

“Pisau kalau kita guna untuk potong ikan dan sayur, ia untuk kebaikan tetapi kalau guna untuk bunuh, ia untuk keburukan. Maka, sama juga seperti teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian selaku panelis Legacy Talk Show-Bina Legasi Harmoni sempena program Ar-Rahah #QuranHour di Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi di sini hari ini.

Hussamuddin (tengah) sedang mengupas topik Legacy Talk Show-Bina Legasi Harmoni. Turut serta Fazrul (kanan) dan Khairul Haffiz.

Hussamuddin (tengah) sedang mengupas topik Legacy Talk Show-Bina Legasi Harmoni. Turut serta Fazrul (kanan) dan Khairul Haffiz.

Seorang lagi panelis, Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Fazrul Ismail manakala Ketua Imam Masjid Ar-Rahah, Khairul Haffiz Abd Halim sebagai moderator.

Hussamuddin turut melihat Revolusi Industri 4.0 sebagai peluang memperluaskan komunikasi di semua peringkat.

“Jika dulu tanpa teknologi kalau saya buat kempen #QuranHour, saya boleh buat di peringkat Karangkraf atau Masjid Ar-Rahah sahaja.

“Tapi kerana adanya teknologi dengan pasukan yang kecil, kita boleh buat gerakan peringkat dunia. #WorldQuranHour pada 20 Ramadan lepas, kita punya sosial media reach semasa program itu berlangsung cecah 1.64 bilion,” katanya.

Dalam pada itu, Hussamuddin berkata, tema program tersebut selari dengan kempen Uninstall Kebencian, Reboot Malaysia Harmoni.

“Ketika ini banyak di media sosial dan portal tentang kebencian yang melagakan antara kaum. Ini tidak bagus.

“Sebagai negara berbilang kaum dan agama, kita seharusnya meraikan kepelbagaian itu dengan hidup secara harmoni.

“Saya cetuskan kempen itu dengan harapan terutama netizen supaya menjiwai Rukun Negara dan mengembalikan sistem nilai moral kepada negara bangsa,” katanya.



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Jadikan al-Quran panduan bina legasi harmoni
Next: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.