Filem Seram Cerana Biduk Bu Merah, sebuah hasil karya hebat terbitan Goldhill Pictures Sdn Bhd, akan menghantui layar pawagam pada 12 Oktober 2023 di seluruh negara, termasuk Brunei dan Singapura. Jangan lepaskan peluang untuk merasai kengerian yang membelenggu dalam filem ini! Penerbit Goldhill Pictures Sdn Bhd , En Haizul Anafer Ali berpendapat , filem Cerana Biduk Bu Merah ini wajib menjadi tontonan umum kerana banyak mesej dan pengajaran yang ingin disampaikan. Segelintir masyarakat mulai alpa dengan duniawi, rakus ingin mencapai kejayaan , ghairah dengan keseronokan dan keindahan dunia yang sementara sehingga terlupa beban syurga dan neraka yang menanti . Justeru itu saya menyeru untuk menonton Filem Cerana Biduk Bu Merah ini , kerana selain wadah hiburan ia menyelitkan natijah perbuatan syirik , saka , semangat dan spiritual yang masih berleluasa dalam masyarakat kita.Semoga filem ini dapat memberikan impak kesedaran rohani dan spritual yang besar . Filem Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali dibarisi pelakon popular dan hebat tanah air antaranya Fasha Sandha , Pekin Ibrahim , Wan Hanafi Su , badrul Muhayat , Sarah Daewoo ,Pyan Kepoh dan ramai lagi . Filem yang menjalani penggambaran di beberapa lokasi menarik di negeri Perak . Semoga Goldhill Pictures Sdn Bhd akan terus menghasilkan filem-filem bermutu yang terdiri daripada pelbagai genre pada tahun ini. Kerjasama dan sokongan daripada para wartawan amatlah dialu-alukan bagi memastikan semua misi dan visi ini mencapai matlamat yang diharapkan. SINOPSIS Seorang wanita tua Bu Merah yang dipinggirkan oleh orang kampung tinggal sendirian di sebuah rumah pusaka , menyelamatkan seorang gadis yang cuba dirogol bernama Sofia . Bu Merah biar pun tua , tapi kulitnya tidak berkedut ,malah dia sentiasa kelihatan cantik . Penjaga Cerana Biduk yang berpuaka menjadikan Bu Merah sentiasa cantik dan muda . Takdir menentukan , Sofia adalah warisnya yang dilarikan oleh anak dan menantunya . Menantu dan anaknya telah melarikan diri kerana bimbang dibunuh oleh penunggu cerana Biduk . Saka Cerana Biduk tinggalan suami menyebabkan Bu Merah hidup terseksa. Kehadiran Sofia menyedarkan Bu Merah . Cerana Biduk perlu dibunuh demi menyelamatkan warisnya Sofia dari mewarisi Cerana Biduk yang mencari penyambungnya . Berjaya kah Bu Merah membuang saka dan semangat Cerana Biduk saksikan Filem Cerana Biduk Bu Merah dipawagan anda . SENARAI KARYAWAN Terbitan Goldhill Pictures Sdn Bhd Penerbit Haizul Anafer Ali Penerbit Eksekutif Azlin Rahim & fatimah Nordin Pengarah Haizul Anafer Ali Penolong Pengarah Lenny Merlina DOP Kamarul Arif Special Effect Jlo Pengurus Produksi Zalman Azreen Bin Zainal Azlan Pengarah Seni Abd Wahid Idris Make Up Shah Peel Still Photo Wan Khairul Konti Zainudin Muhamad PELAKON Fasha Sandha Bu Merah Pekin Ibrahim Imran Wan Hanafi Su Hj Rusli Sara Daewoo Sofia Badrul Muhayat Husin Belati Pyan Kepoh Haikal Post navigation AMIR JAHARI KEMBALI MEMUKAU DENGAN KECEMERLANGAN DALAM MENCIPTA OST ‘CIN-TA’. CAPTURE STUNNING MOMENTS WITH ENHANCED LIGHTING ON THE VIVO V29 5G.