Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ATTRACTION
  • Exists X Orkestra akan menampilkan versi berbeza Rahsia Pohon Cemara buat pertama kali.
  • ATTRACTION

Exists X Orkestra akan menampilkan versi berbeza Rahsia Pohon Cemara buat pertama kali.

Helmi Aziz December 1, 2023 (Last updated: December 1, 2023) 3 minutes read

Megastar Arena, Kuala lumpur akan dikejutkan dengan kedatangan Exists X Orkestra menuju ‘hari besarnya’ pada 22 Disember 2023 ini. Teruja dengan konsep orkestra yang pertama kali akan diketengahkan selepas 32 tahun berada dalam belantika muzik Nusantara, Exists siap memberi anugerah istimewa buat peminat kelak.

Keutamaan dipersiapkan dengan rapi oleh Exists bersempena dengan konsert yang dibawakan oleh Persatuan Global Malaysia ini adalah ‘pernikahan’ kugiran yang dianggotai Mamat, Ezad, Ajai, Musa, Ujang dan Along itu dengan konsep orkestra.

Mengakui Exists kini telah melalui lebih 40 peratus persiapan dari segi teknikal dan pengurusan. Besar harapan mereka semua berjalan lancar sehingga Exists X Orkestra terlaksana pada 22 Disember 2023 seperti direncana.

Mereka juga berjanji untuk memberi persembahan terbaik dan bersifat malar segar kepada semua. Sementelah proses kolaborasi muzik kugiran dan orkestra bukan sesuatu yang mudah, namun sebagai pemuzik hasil yang diperoleh kelak akan menambah portfolio besar dalam katalog karier Exists.

“Memang tidak begitu mudah menjayakan Exists X Orkestra ini. Tapi kami menikmati dan belajar melalui proses demi proses termasuk menyiapkan semua susunan lagu dari kami sendiri kemudian diserahkan kepada arranger muzik orkestra untuk digabungkan susunan muzik bersama. 

“Fasa seterusnya iaitu sesi latihan Exists dan orkestra sangat kami nantikan. Apa yang pasti, gabungan kami akan menghasilkan semua lagu ke tahap yg lebih sedap dan ‘penuh’,” jelas Along mewakili anggota Exists yang lain.

Malah lewat Exists X Orkestra kelak, peminat di Megastar Arena akan menjadi saksi lagu pertama yang dirakam mereka iaitu Rahsia Pohon Cemara dipersembahkan dengan mewah dalam balutan orkestra. 

Rahsia Pohon Cemara dihasilkan sepenuhnya oleh LY pada tahun 1991 dan terdapat dalam album pertama berjudul Exist.

“Pada konsert itu nanti Exists akan pertama kali menghasilkan Rahsia Pohon Cemara dalam versi yang berbeza.

“Rahsia Pohon Cemara punya nilai sentimental buat Exists kerana inilah lagu pertama yang kami rakamkan dan termuat dalam album sulung kami. Dan pertama kali di Exists X Orkestra, Rahsia Pohon Cemara dipersembahkan dengan sangat istimewa,” ujar Along lagi.

Pada masa sama, mereka juga bersyukur kerana penjualan tiket Exists X Orkestra memberangsangkan sejak hari pertama dijual.

“Penjualan tiket agak bergerak dengan baik jika dibandingkan dengan konsert sebelum ini. Kami percaya tiket akan terus dibeli peminat menerusi banyak promosi dan bantuan rakan media mewar-warkan mengenainya,” ujar Along lagi.

Exists X Orkestra akan menyaksikan kugiran yang berasal dari Johor Bahru ini bergabung dengan sekitar 30 pemuzik orkestra dan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka.

Untuk Konsert Exists X Orkestra, tiket dijual pada harga Tiket-tiket berharga bermula RM 568, RM 468, RM 368, RM 268 dan RM 168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia.

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: Peka kesihatan mata kanak-kanak, Ayam Brand lancar kempen komuniti
Next: IHH Healthcare lancar kempen kesihatan demi kesejahteraan keluarga

Related Stories

POSTER CITARASA SANTAPAN DESA
  • ATTRACTION
  • Food
  • News

Citarasa Desa di Puncak Kota: Bufet Ikonik KL Tower Kembali Dengan Pengalaman Santapan Eksklusif 292 Meter Tinggi

Helmi Aziz December 10, 2025
Skyline Luge Kuala Lumpur 2nd Anniversary KV
  • ATTRACTION
  • News
  • Tourism

Skyline Luge Kuala Lumpur Rayakan Dua Tahun Pengembaraan Gravity-Fueled dengan Tarikan Baharu dan Aktiviti Istimewa

Helmi Aziz December 5, 2025
kay_elle_3a353d5a6e9d4f829a7437deff5ea702_1755233911
  • ATTRACTION
  • Competition
  • News

KL Tower Unveils New Storytelling Mascot Family and Honors Winners of the Befriend Kay Elle Design Competition

Helmi Aziz November 24, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.