Esok, penyanyi yang terkenal, Ernie Zakri, akan memukau penonton dengan penampilannya sendiri membawakan lagu “Astana” pada Separuh Akhir Muzik Muzik ke-38 (SFMM 38). Syarikat rakaman Universal Music Malaysia yang mewakili Ernie berkata, perkara itu diputuskanselepas pihak Rocketfeul menghubungi mereka, semalam. “Rocketfuel ada menghubungi kami untuk berbincang perkara ini. Selepas mengambil kira banyakperkara selain tidak mahu membiarkan isu ini berlanjutan, jadi Universal Music Malaysia bersetujudan membenarkan Ernie selaku penyanyi asal dan komposer lagu Astana untuk membuatpersembahan. “Berhubung terma perbincangan yang belum selesai antara pihak Persatuan Industri RakamanMalaysia (RIM) dan Persatuan Penerbit Malaysia (MPA) dengan Media Prima Berhad, pihak RIMmenyerahkan perkara ini kepada kami di Universal Music Malaysia untuk membuat keputusan.Ditambah lagu ini sudah pun dicalonkan sejak Februari. “Pada masa sama, kami tidak mahu isu ini terus berpanjangan dan diperdebatkan. Diharap pihakterbabit segera mencari solusi terbaik,” katanya. Sementara itu, Erni berkata, dia lega apabila dapat menyanyikan lagu Astana.“Seperti yang diperkatakan sebelum ini, saya selaku penyanyi asal dan komposer lagu ini sudah tentumahu menyanyikan lagu ini. Mana mungkin tidak. Malah, tidak pernah sekali saya berkata ataumengeluarkan kenyataan tidak mahu dan tarik diri. “Jadi, selepas melalui proses perbincangan yang panjang antara semua pihak dan pihak UniversalMusic Malaysia pun tidak pernah menghalang saya untuk menyanyikan lagu ini, saya dengan penuhgembira akan menggalas sendiri tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu Astana. “Terima kasih sekali lagi kepada pihak Universal Music Malaysia yang sentiasa memahami danpercaya akan bakat saya. Kepada peminat dan semua pihak yang sentiasa ambil berat, saya hargaisokongan anda,” katanya. Terdahulu, RIM dan MPA dalam kenyataan berkata, mereka masih dalam rundingan dengan MediaPrima mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam program Muzik Muzik yang disiarkan diTV3. Pengerusi RIM Rosmin Hashim berkata, sesi dialog sudah dibuat membabitkan semua pihak sejakOgos lalu namun tidak dapat mencapai penyelesaian yang memuaskan. Malah, Universal Music Malaysia juga berkata, Ernie selaku artis yang kini di bawah naungan merekacakna mengenai kenyataan RIM dan MPA mengenai terma dan syarat pencalonan lagu dalam MuzikMuzik yang masih dalam perundingan. Lagu Astana adalah ciptaan bersama Ernie dengan Omar K, Syamel dan Syazriq Azeman yang tercalonke Separuh Akhir Muzik-Muzik (SFMM) ke-38 seperti yang diumumkan pada majlis sidang mediayang dianjurkan oleh TV3 pada 10 Disember lalu. Post navigation Lotus Delights Beyond the Supermarket: Unleashing Playful and Joyful Moments Concorde Hotel Shah Alam Sponsors Self-Composed Organic Fertilizer for National Botanical Garden Shah Alam 2023 in CSR-ESG Initiative