Empingan ragi alternatif bersarapan

Empingan ragi alternatif bersarapan

SERING menikmati makanan sarapan biasa dalam kalangan rakyat Malaysia barangkali boleh mengundang rasa jemu. Apa kata ubah selera dengan menikmati empingan bijirin?

Ragi sejenis bijirin yang ditanam di kawasan tanah kering terutamanya di Asia Selatan dan Afrika mungkin boleh dijadikan sarapan alternatif. Ia digunakan secara meluas dalam masakan di Selatan India dan Afrika.

Ragi juga adalah sejenis bijirin yang terbaik dan mempunyai pelbagai nutrisi sihat dan kebaikan berbanding bijirin-bijirin lain.

Kebaikan di sebalik anugerah alam berkenaan telah mendorong Lif On Well Sdn Bhd memperkenalkan buat julung kalinya Bijirin Sarapan Empingan Ragi Lif On.

“Khasiat dan nutrisi dalam Bijirin Sarapan Empingan Ragi mampu memberi pelbagai kebaikan, kalori serta nutrisi untuk kita kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari.


“Keenakan rasa dan kerangupannya boleh dimakan begitu sahaja atau pun bersama susu segar dan jus,” kata Lif On sambil menambah produk mereka dihasilkan dari kilang yang mendapat pengiktirafan pensijilan Halal Malaysia dan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri, Bahagian Kualiti dan Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kata kenyataan itu lagi, Bijirin Sarapan Empingan Ragi Lif On itu sesuai dimakan oleh mereka pelbagai peringkat usia daripada kanak-kanak hingga warga emas.

Ia boleh didapati di pasaran dalam dua saiz iaitu 150 gram (g) dan 250g bagi promosi pengenalan pek 250g dengan percuma 50g (20 peratus) lebih kandungan.

Bijirin Sarapan Empingan Ragi Lif On boleh didapati di seluruh pasar mini dan pasar raya terpilih seluruh Malaysia.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *