BAHAN-BAHAN A: Daging 1/2kg Bawang putih 6 ulas Halia 1 inci Satu sudu biji ketumbar Satu sudu kecil kecil lada hitam Satu sudu kecil lada putih Garam secukup rasa BAHAN-BAHAN B: Cili merah 10 batang Bawang besar Tomato 1 biji Daun limau purut 3 helai Gula secukup rasa Garam secukup rasa CARA MEMASAK A: 1) Daging direbus bersama bumbu bawang putih, halia, ketumbar, lada hitam, lada putih sehingga kering. 2) Tambah garam secukup rasa. 3) Kemudian, hiris daging mengikut saiz pilihan. 4) Memarkan hirisan daging. 5) Goreng seketika, tidak perlu garing lalu ketepikan. CARA MEMASAK B: 1) Cili merah, bawang, tomato dikukus atau direbus seketika. 2) Kemudian, tumbuk atau menggesek bagi mendapatkan tekstur kasar. 3) Tumis sehingga masak dan letakkan garam, gula serta daun limau purut. 4) Seterusnya masukkan daging dendeng yang telah dihiris sebentar tadi. 5) Siap untuk dinikmati bersama nasi putih. Sumber: Yusnilah Yunus Sumber Post navigation Mask berkualiti tinggi Dr Morita Proton lancar logo, slogan baharu