Datuk Seri Megat D. Shahriman Chef de mission Sukan Para Asean

Datuk Seri Megat D. Shahriman Chef de mission Sukan Para Asean

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Kanu Malaysia (MASCA), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin mendapat kepercayaan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) apabila beliau dilantik sebagai Chef de Mission (CDM) negara ke Sukan Para ASEAN 2020 di Manila, Filipina dari 18 hingga 25 Januari tahun depan.

Datuk R. Subramaniam merupakan Naib Presiden MOM, pelantikan itu dibuat sebulat suara Ahli Lembaga EXCO MPM menerusi surat yang ditandatangani oleh SM Nasarudin SM Nasimuddin Yang merupakan presiden badan induk sukan itu pada 3 Mei lalu.

Menurut beliau, pihaknya menerima tiga pencalonan daripada semua persatuan sukan yang di bawah naungan MPM tetapi ahli-ahli jawatankuasa akhirnya memilih Megat D. Shahriman sebagai ketua kontinjen ke Sukan Para ASEAN 2020 nanti.

Megat D. Shahriman juga mengakui, beliau memikul satu tanggungjawab besar tetapi pada masa sama yakin dapat menjalankan amanah tersebut dengan baik memandangkan ia merupakan satu pengiktirafan yang besar buat dirinya.

Sukan Para ASEAN edisi ke-10 kali ini akan menyaksikan sebanyak 11 negara mengambil bahagian terdiri daripada Filipina selaku tuan rumah, Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Brunei, Timor Leste, Kemboja dan Laos.

Edisi terdahulu Sukan Para ASEAN 2017 di Kuala Lumpur menyaksikan Indonesia muncul juara keseluruhan dengan kutipan 126 pingat emas, 75 perak dan 50 gangsa sementara Malaysia meraih naib juara menerusi 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa.

Persekutuan Sukan Para Asean (APSF) akan mengadakan mesyuarat di Manila pada 8 Jun ini bagi memutuskan sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya dwitahunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *