DARI JUARANYA AJL 32: ‘BELAKANG TABIR’ KARYA TERBARU SYAMEL”.

DARI JUARANYA AJL 32: ‘BELAKANG TABIR’ KARYA TERBARU SYAMEL”.

Anugerah Vokal Unggul di Anugerah Juara Lagu 32 (AJL 32), Syamel, yang nama sebenarnya ialah Syameel Aqmal Mohd Fodzly, mempersembahkan single terbarunya ‘Belakang Tabir’ secara eksklusif bagi peminat setianya. Single ‘Belakang Tabir’ kini boleh didapati di platform seperti iTunes, Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal, dan Deezer.

Single terbaharu ini merupakan hasil sentuhan sepenuhnya oleh Syamel sendiri, dimana beliau juga merupakan penulis lirik dan komposer. Lirik lagu ini mempunyai maksud yang sangat mendalam sehingga dipilih sebagai lagu runut bunyi bagi drama Luruhnya Bunga Cinta. Drama Luruhnya Bunga Cinta merupakan sebuah drama bersiri di TV3, slot Akasia yang telah pun mula bersiaran pada 19 September 2023 yang lalu. Anda boleh menonton drama yang dibintangi oleh Tracie Sinidol, Redza Rosli dan Aniq Anuar ini secara HD hanya di Tonton. 

Syamel yang juga merupakan bapa kepada cahaya mata comel bernama Nur Khawla Soleha sangat bertuah kerana kerjayanya dalam bidang muzik sentiasa mendapat sokongan tanpa berbelah bahagi daripada isteri tercinta, Ernie Zakri. Gabungan kedua-dua mereka inilah yang membuatkan Syamel semakin bersemangat untuk menghasilkan lagu-lagu yang menusuk kalbu.

Menurut Syamel “Lagu ini saya tujukan khas buat pendengar terutamanya peminat saya yang sentiasa memberi sokongan kepada perjalanan muzik saya dari dahulu hingga kini. Inilah hadiah saya kepada mereka dan moga lagu ini menjadi sumber inspirasi kepada mereka. Perkongsian saya adalah menerusi muzik dan lirik lagu ini menceritakan mengenai pentingnya mempunyai sahabat atau pasangan yang sentiasa berada disisi kita dan memberi sokongan kepada kita tidak kira di mana sahaja mereka berada, walaupun sekadar di belakang tabir.”

Muzik untuk lagu Belakang Tabir di susun oleh Aubrey Suwito dan ianya menampilkan melodi yang indah dan susunan muzik yang memukau, mencipta suasana yang membuatkan seseorang boleh berfikir secara optimis.

Sudah tentu lagu ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pendengar setianya. Apatah lagi lagu ini akan mewarnai drama bersiri ‘Luruhnya Bunga Cinta’ di TV3 dan Tonton. Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk muat turun lagu ‘Belakang Tabir’ di iTunes atau melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Youtube Music, KKBox, Tidal dan Deezer. 

Untuk mendapatkan maklumat terkini, sila layari platform media sosial Syamel menerusi Instagram: @syamel_official  Tiktok: @syamel_official , Facebook: @Syameel Aqmal (syem).

Turut disertakan ialah lirik lagu ‘Belakang Tabir’.

Tenang tenang saja
Hidup tidak pernah sulit
Aku ada, bersamamu
Di setiap waktu

Tersusun takdirmu
Hanya tinggal tuk dirasa
Aku akan ,memastikan
Kau bahagia
Terbanglah kasih
Menggapai awan di langit yang beribu
Aku pastikan
Tiada badai yang akan menghalangmu

Namun
Jangan pernah 
Kau lupa untuk menoleh kepadaku
Biarpun kuhanya
Sekadar belakang tabir

#Syamel, #BelakangTabir, #AnugerahVokalTerbaik, #AnugerahJuaraLagu32, #Bakat