Casa Del Rio ‘Home By The River’ Hotel

Casa Del Rio ‘Home By The River’ Hotel

Pengunjung dapat menikmati pemandangan Hotel Casa del Rio dari Sungai Melaka.

Tempat istirehat di atas air yang mampu menenangkan fikiran pengunjung yang hadir.

Pengunjung boleh melihat pemandangan sungai terus dari kamar hotel.

Ruang bilik hotel yang luas dan bersih.

Televisyen turut disediakan di setiap bilik hotel beserta kemudahan yang lain.

Deko kamar mandi yang cantik dan dilengkapi dengan pekakas mandi.

Pengunjung boleh menjamu selera di Cafe River.

Cafe River menyediakan ruang yang luas untuk menampung kunjungan pelancong.

Ruang makan yang disajikan dengan pemandangan yang menenangkan

Kemudahan yang disediakan di Infinity Pool Casa Del Rio

Pemandangan cantik yang boleh dilihat oleh pengunjung di Infinity Pool Casa Del Rio

Pemandangan yang di ambil dari Infinity Pool Casa Del Rio…..Cantik.

Pemandangan Hotel Casa Del Rio pada waktu malam

Kampung Morten yang terletak berhadapan dengan Sungai Melaka dan Casa Del Rio

Pemandangan Sungai Melaka yang indah dan cantik yang dapat dilihat dari jendela kamar hotel Casa Del Rio

Casa Del Rio adalah merupakan sebuah butik hotel penginapan  mewah dan eksklusif yang bertaraf 5 bintang. Hotel ini terletak di No 88, Jalan Kota Laksamana, 75200 Melaka, Malaysia berhadapan dengan Sungai Melaka. Lokasi hotel ini yang berada ditengah-tengah memudahkan para pengunjung untuk ke kedai makan,  restoran-restoran, tempat pelabuhan dan pelbagai tempat menarik di Melaka! Selain itu, hotel yang diberi nama Casa Del Rio dalam bahasa Sepanyol ini juga memperlihatkan keunikan seni bina berkonsepkan Medditeranean  dengan gabungan hebat seni bina Melaka, China, Arab, Portugis serta Belanda.  Keunikan seni bina ini telah melayakkan hotel ini untuk menduduki tempat ke-28 dari 45 tempat yang wajib dilawati oleh para pelancong dari seluruh dunia yang diterbitkan oleh The New York Times Press terbitan 6 Januari 2012.

     Selain memperlihatkan seni binanya yang unik, hotel Casa Del Rio ini juga turut menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang menjanjikan keselesaan kepada setiap pengunjungnya. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan adalah tempat penginapan yang berkeluasan 50-192M2, internet percuma yang boleh diakses sehingga 10Mbps, ruangan bilik mandi yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, satkara spa, perpustakaan, restoran yang beroperasi selama 24 jam yang menyajikan makanan yang enak dan menyelerakan, kolam renang,  gimnasium, dobi,  tempat meletakkan kenderaan dan sebagainya.

       Seterusnya, hotel Casa Del Rio ini menawarkan 66 buah bilik penginapan mewah yang dinamakan Deluxe Lago, Deluxe River,  Studio King, River Suite, Cheng Ho Suite, Melaka Suite, Presidential Suite dan Royal Suite.  Setiap bilik ini menonjolkan sentuhan dekorasi dan kemudahan yang berbeza. Dekorasi di setiap bilik di hotel ini juga bukan saja-saja dihias indah bagi memberikan rasa ketenangan dan kedamaian kepada penghuninya bahkan penghuninya juga dapat menikmati panorama sungai Melaka yang cukup indah dan sangat mengujakan hanya dari jendela bilik penginapan mereka.

      Disamping itu, hotel Casa del Rio ini juga menawarkan perkhidmatan spa yang dinamakan Satkara Spa. Satkara Spa menawarkan pelbagai teknik urutan kepada pengunjung yang menginap di hotel tersebut antaranya ialah teknik urutan tradisional seperti Shiatsu, Lomi-Lomi, Thailand, Bali dan Sweden! Tambahan lagi, Satkara Spa ini juga terkenal dengan  Para pengunjung pastinya akan dapat merehatkan badan selepas penat berjalan di Bandaraya Melaka. Casa del Rio menjanjikan layanan yang terbaik kepada para pengunjungnya selain memberikan rasa seakan-akan berada di rumah sendiri!

     Selain itu, para pengunjung juga dapat merasakan kelainan apabila melangkah masuk ke Bar Rio, River Cafe atau River Grill untuk menikmati sajian makan malam atau minum petang dengan pelbagai pilihan menu tempatan dan antarabangsa yang menyelerakan! 

      Bersesuaian dengan statusnya sebagai hotel butik bertaraf 5 bintang, Casa del Rio Melaka telah mendapat Anugerah Go Green pada 8 September 2012 (Pertandingan Kebersihan dan Amalan Hijau Melaka 2012)  Hotel Club Awards (Finalist in Best Hotel to Experience UNESCO Sites) daripada Kementerian Pelancongan dan terkini, 2016  TripAdvisor Certificate of Excellence.

Maklumat lanjut hubungi talian 06- 2896966/2896888 atau CasadelRio-Melaka-com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *