Cara mudah elak periuk nasi berkerak

Cara mudah elak periuk nasi berkerak

LELAKI bujang yang tinggal bersendirian pasti pernah berdepan situasi membasuh periuk berkerak-kerak selepas menanak nasi setengah atau satu pot sahaja.

Jika ingin menanak nasi dalam dua pot rasa tidak berbaloi pula memandangkan anda seorang sahaja di rumah.

Sehubungan itu, bagi mengatasi masalah periuk nasi berkerak e-Trend paparkan tip mudah yang dikongsikan Penyampai Radio Hot FM, Deen menerusi laman sosial, Instagram peribadinya @deen_hotfm semalam.

Memetik kapsyen yang dimuat naik Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 31, video berdurasi 36 saat itu menunjukkan cara memasak nasi supaya tiada kerak.

Pada masa sama, kaedah memasak sedemikian juga sesuai untuk dinikmati antara seorang hingga tiga orang.

Tip memanak nasi cara Deen:

1. Pilih mangkuk sesuai

Pertama, pastikan mangkuk yang digunakan muat untuk diletakkan di dalam periuk nasi.

Kemudian, ambil beras dalam secawan atau dua cawan dan basuh sehingga bersih.

2. Masukkan air

Isikan air ke dalam mangkuk, tetapi pastikan jangan memenuhi mangkuk tersebut. Dianggarkan separuh mangkuk sahaja.

3. Dua cawan air

Kemudian, isikan pula dua cawan air di dalam periuk nasi sebelum meletakkan mangkuk berisi beras.

4. Masak seperti biasa

Pada peringkat akhir, tutup periuk nasi lalu masak seperti biasa.

Hasilnya, anda akan mendapat semangkuk nasi putih yang cantik dan periuk nasi tidak berkerak.

Selamat mencuba!

Sumber: Instragram: @deen_hotfm



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *