Cabaran Petron Hypermarket Sweep kini kembali!

Cabaran Petron Hypermarket Sweep kini kembali!

CABARAN membeli-belah Petron yang dinanti-nantikan, Hypermarket Sweep kini kembali membawa satu lagi pengalaman menarik dan menyeronokkan kepada para pelanggannya yang setia.

Lima negeri terpilih iaitu Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah. Giant Hypermarket Stadium Shah Alam merupakan pasar raya yang memulakan pertandingan ini iaitu pada 14 Mac lalu.

Cabaran Hypermarket Sweep ini memasuki musim ke-4 dan Petron bekerjasama dengan pusat beli-belah terkemuka, Giant yang mempunyai rangkaian lebih daripada 150 pasar raya di Malaysia. Ia menawarkan hadiah bernilai RM225,000 termasuk 95,000 mata ganjaran Petron Miles dan AirAsia BIG.

Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Chong Kum Choy berkata, Petron sangat teruja untuk mengadakan program ini sekali lagi yang merupakan salah satu daripada program Petron yang memberi ganjaran kepada para pelanggan mereka.

“Tahun ini, kami juga akan memberikan mata ganjaran kepada pemenang yang boleh digunakan di kedai Treats kami atau di outlet-outlet rakan kongsi kami.

“Cabaran Hypermarket Sweep ini membuktikan matlamat Petron untuk memberi pelanggan lebih banyak nilai penjimatan melalui pengalaman kad Petron Miles yang unik,” kata Kum Choy semasa pelancaran peraduan itu baru-baru ini di Giant Stadium Shah Alam baru-baru ini.






CABARAN Hypermarket Sweep bermula secara rasmi pada 14 Mac di Giant Hypermarket Stadium Shah Alam dengan 20 pasukan berlumba mengejar masa bagi mengumpul barangan bernilai RM55,000.

CABARAN Hypermarket Sweep bermula secara rasmi pada 14 Mac di Giant Hypermarket Stadium Shah Alam dengan 20 pasukan berlumba mengejar masa bagi mengumpul barangan bernilai RM55,000.

Selain di Shah Alam, acara ini akan diadakan di lokasi seterusnya iaitu di Giant Kelombong, Sabah; Giant Bayan Baru, Pulau Pinang; Giant Plentong, Johor dan Giant Kuantan, Pahang Sewaktu cabaran Hypermarket Sweep yang pertama di Shah Alam, lima pemenang hadiah utama telah membawa pulang barangan runcit bernilai RM4,000 manakala 10 pemenang hadiah sagu hati memenangi RM3,000 dan lima lagi membawa pulang barangan runcit bernilai RM1,000.

Semua pemenang juga membawa pulang hadiah tambahan termasuk Petron Miles Points dan AirAsia BIG Points.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *