Skip to content

DestinaAsia

Primary Menu
  • ADVERTORIAL
  • BLOG
  • DIREKTORI
  • Hubungi Kami
  • INFO destinaasia
  • My account
  • Shop
  • Sitemap
Light/Dark Button
Subscribe
  • Home
  • ACTIVITY
  • Ekspo
  • Bufet makan tengah hari serendah RM7
  • Ekspo

Bufet makan tengah hari serendah RM7

Helmi Aziz November 15, 2019 3 minutes read
503054.jpg

FOOD Monger yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya membuktikan kafe hipster juga ideal dijadikan ‘port lunch’ untuk menikmati sajian kampung yang menyelerakan.

Inisiatif tersebut sekali gus mengetepikan persepsi pengunjung bahawa kafe konsep hipster hanya menawarkan menu ala Barat, snek ataupun finger food.

Menurut Pemilik Food Monger, Mohd Naufal Nafis, Lunchion Food Monger diperkenalkan apabila mendapati corak pemakanan rakyat Malaysia yang lebih gemar menjamu selera nasi campur dan lauk kampung pada waktu makan tengah hari.

“Justeru, memahami situasi itu kami di Food Monger menawarkan set makan tengah hari serendah RM7. Bagi set tersebut pelanggan akan mendapat sepinggan nasi putih, satu jenis lauk dan minuman (teh o atau sirap).

“Dari segi lauk-pauk pula, pelanggan bebas memilih menu kegemaran. Kualiti dan rasa masakan kami dijamin kerana ia disediakan oleh barisan cef terlatih dan profesional,” jelas beliau ketika ditemui Femina di Food Monger, Cyberjaya baru-baru ini.

Tambah beliau, selain ulam-ulaman, kubis goreng dan sambal ikan pelaling restorannya turut menawarkan sajian masak lemak ikan masin, ayam rebung masak lemak, sambal petai udang, sambal tempoyak ikan bilis petai dan ayam kampung goreng.

Ia termasuk sayur turi cendawan, ikan kembung goreng, sawi masak pak choi, sambal belacan dan bermacam-macam lagi.

Bicara lanjut, Mohd Naufal turut memberitahu, bagi mempelbagaikan variasi hidangan para pelanggan sesi Lunchion Food Monger juga menawarkan set nasi bersama menu istimewa.

Set berkenaan ialah asam pedas ikan kembung Melaka, gulai ikan kembung Kedah, nasi ayam penyet Food Monger, nasi lemak ayam dan nasi ayam Food Monger.

“Hidangan asam pedas ikan kembung Melaka dan gulai ikan kembung Kedah adalah simbolik negeri kelahiran ibu, Alor Setar, Kedah manakala ayah pula dari Merlimau, Melaka.

“Misalnya, di Kedah gulai ikan kembung adalah antara menu paling popular dijual dan disajikan. Kemudian, saya bawakan keaslian rasa sajian berkenaan di Food Monger. Lebih istimewa, sajian itu dihasilkan mengikut resipi air tangan ibu,” jelas beliau.

Katanya lagi, set istimewa itu dijual pada harga RM12 sepinggan dan minuman diberikan secara percuma.

Sementara itu, pada sebelah malam pula, Food Monger yang direka dalam konsep food court menawarkan seleksi makanan lain.

Restoran seluas 4,000 kaki persegi dan boleh memuatkan 200 pelanggan pada dalam satu masa itu antaranya menyediakan menu pasta, sate, kentang goreng keju, nasi goreng udang karang, mi keren dan ayam goreng.

Seleksi makanan itu boleh dibeli pada kumpulan vendor yang beroperasi di gerai-gerai kecil dalam Food Monger.

ANEKDOT

Food Monger

Lokasi: C-01-03, Tamarind Square, Persiaran Multimedia, 63000, Cyberjaya, Selangor

Masa operasi menu tengah hari: 11 pagi hingga 5 petang

Harga:

– Sajian tengah hari bermula RM7

– Set Nasi Gulai Ikan Kembung Kedah RM12

– Set Asam Pedas Ikan Kembung Melaka RM12

– Set Nasi Ayam Food Monger RM12

– Set Nasi Lemak Ayam Special RM12

– Set Nasi Ayam Penyet RM12

Instagram: @foodmonger_my

Facebook: foodmongerMalaysia



Sumber

About the Author

Helmi Aziz

Administrator

View All Posts

Post navigation

Previous: #QuranHour: Al-Kahf penyeri kemerdekaan
Next: Disk Image mampu lindungi dokumen peribadi

Related Stories

09
  • Business
  • Celebration
  • Collabration
  • Ekonomi
  • Ekspo
  • Gadget
  • Gaya Hidup
  • Industri Kreatif
  • music
  • News
  • Product Launch

vivo V70 FE First Sales Roadshow Janji Pengalaman Interaktif dan Persembahan DOLLA

Syahir Izani April 15, 2026
1000250427
  • Automotive
  • Business
  • Ekspo
  • Event
  • Innovation
  • Launching

SIRIM-Certified ASTRA Reinforces Bateriku’s Commitment to Quality with the Opening of Its Quality Lab

Helmi Aziz August 8, 2025
2
  • Awards
  • Ekspo
  • Music

Universal Music Malaysia Raikan Ikon Muzik di Hall of Fame, Pavilion Malaysia, Ekspo 2025 Osaka, Japan

Helmi Aziz May 14, 2025

Carian

Kategori

Recent Posts

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

RSS RSS Feed

  • Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun
  • Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga
  • Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional
  • Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia
  • Nukilan Hati Tentang Kehilangan: Vanessa Zee & Rony Parulian Lancar Projek Kolaborasi “Takkan Terulang”

Tags

alQuran baharu Bank bantu berbanding bilion Bursa cara catat dalam dan dengan di dibuka dijangka ditutup dolar ekonomi hari Harian ini juta ke kekal kepada lancar lebih Malaysia meningkat pada peratus QuranHour rendah Ringgit rumah sasar sinar Tahun tawar terus tidak tinggi untuk World yang

Meta

  • Log in
  • Entries feed
  • Comments feed
  • WordPress.org

You May Have Missed

20251115_Alpha_4581_R2
  • Arts & Culture
  • Awards
  • Entertainment
  • News

Malaysia ke Persada Dunia: ALPHA Harumkan Nama Negara di Pentas Muzik Jepun

Allya Adriana May 8, 2026
113A5896
  • Corporate Social Responsibility (CSR)
  • Health & Awareness
  • News
  • Public Health

Lifebuoy, Watsons dan HOPE worldwide Lancar Kempen “Kekal Segar & Bersih” untuk Sokong Kebersihan 2,300 Keluarga

Farihin Azlan May 8, 2026
DSC01776
  • Artist
  • Entertainment
  • Music Release
  • News

Sentuhan Luar Biasa: Bumiy “Japuik Tabao” Suntik Elemen Moden Dalam Balada Tradisional

Allya Adriana May 8, 2026
Landscape-1920x1080-KV-BMM
  • Artist
  • Community
  • Drama TV
  • Entertainment
  • Lifestyle
  • News

Zahiril Adzim Pertaruh Karakter Ustaz Dalam Bapa Mentuaku Mafia

Farihin Azlan May 8, 2026
Copyright © 2026 All rights reserved. | ReviewNews by AF themes.